Tarikh    : 28 Ogos 2017 (Isnin)

Masa     : 9.30am - 12.30pm

Lokasi   : Kompleks Balai Raya Mukim Budu

Peserta : Ahli Jawatankuasa K1M Mukim Budu dan                         Orang ramai serta pelatih CCRC Benta.

 

 

Tujuan :

Program ini merupakan program kemasyarakatan yang mampu memupuk semangat kerja sama dan silaturrahim sesama komuniti. bukan itu sahaja, program sebegini juga mampu melahirkan rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan menyayangi kawasan sekitar.  Dengan adanya kerja-kerja gotong-royong ini, komuniti mampu bersatu padu dalam melaksanakan pelbagai kerja tanpa mengira tua muda mahupun jantina.  Program sebegini juga mampu memupuk semangat berpasukan dan semangat kerjasama untuk mencapai kejayaan.

Aktiviti :

Aktiviti bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.  Program terus berlangsung dengan kerja-kerja gotong royong seperti membersihkan kawasan, lukisan mural oleh pelatih CCRC Benta, mengecat, dan mencantas bunga seterusnya persiapan menghias bendera dan membuat arca seperti kertea kebal, kapal terbang, dan sebagainya.  Kerja-kerja dilaksanakan sehingga pukul 12.00 tengah hari.  Manakala YB Dato’ Sri turut meninjau kawasan untuk pertandingan dan memberi pendapat untuk mencantikkan lagi segala hiasan yang dibuat.

 

Gambar Disini

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________