Keselamatan

Dari segi keselamatan, Kampung Budu telah menubuhkan gerakan sukarelawan iaitu Skim Rondaan Sukarela. Ia telah ditubuhkan bagi menjaga keselamatan kampung dengan menjalankan aktiviti pemantauan dengan melakukan rondaan pada setiap malam bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal, di samping memberi pertolongan kepada yang memerlukan sewaktu berlaku kes-kes kecemasan.  Anggota pertubuhan ini terdiri daripada penduduk belia Kampung Budu.  Selain itu, terdapat Balai Polis Benta yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Budu. Sebarang masalah berkaitan jenayah dan keselamatan akan diadukan ke balai polis tersebut atau yang berhampiran.

 

                                                             Balai Polis Benta