KEUSAHAWANAN

Nama: Mazlinda binti Mukhtar

Umur: 36 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan Dodol Konda Kandy, dan Perniagaan Produk Pertanian

 

Latar belakang

Puan Mazlinda merupakan graduan dari Universiti Malaysia Terengganu dalam Jurusan Sarjana Muda Sains Agroteknologi (akuakultur).Beliau amat meminati bidang perniagaan sejak dari bangku sekolah lagi. Sebelum ini beliau hanya menjalankan perniagaan jualan dodol secara langsung, sekarang beliau maju setapak lagi dengan memasarkan produk dodol dengan penjenamaan baru iaitu Dodol Gula Kabung Konda Kandy yang dipasarkan di semua platform online sepert Shopee, Lazada, Facebook Markedplace, Instagram, dan Whatsapp. Beliau juga menggunakan kaedah promosi alaf baru iaitu Live di facebook dan IGs, video di aplikasi tiktok, Fb Ads dan whatsapp. Jualanya juga semakin meningkat dengan pasaran menerusi Shopee mendapat rating tertinggi iaitu 5 bintang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini puan Mazlinda malu dan segan untuk melakukan promosi seperti live dan video

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan menghadiri kelas-kelas anjuran PIK dan MSD seperti Zero to Shopee Hero,Puan Mazlinda semakin berani dan mampu menjalankan promosi produk dengan cara yang sangat menarik.

 

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

CELIK IT 

Nama: Maryam D'Laila binti Mohd Fairdaus

Umur: 6 Tahun

Celik IT: Belajar Microsoft Office & Melayari Internet

 

maryam.jpg

 

Latar belakang

Maryam D’laila merupakan anak kedua dari 3 adik beradik. Seorang anak yang lincah dan banyak bertanya. Beliau amat menyukai seni dan lukisan serta muzik. Beliau sering hadir ke pusat Internet untuk mewarna carian internet, mendengar lagu, dan membuat origami.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau tidak mahir menggunakan komputer, malah beliau langsung tidak pandai menggunakan tetikus dan keyboard.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau hadir ke Pusat Internet, beliau sudah mahir menggunakan tetikus dan keyboard, malah sudah mahir untuk menaip. Beliau mahir untuk mencari info di dalam internet malah selalu menggunakan aplikasi ‘Paint’ di komputer untuk menghasilkan lukisan dan hasil seni. Beliau sering menonton youtube dan berkebolehan meniru origami dari video youtube.

 

 

 

KEUSAHAWANAN

Nama: Siti Zainab Binti Rosli

Umur: 30 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan, Tanjak, Nasi Arab

 

KAK ZAINAB.jpg

Latar belakang

Puan Zainab berasal dari Perak mula menetap di Kampung Budu sejak tahun 2019. Suami kepada puan Zainab seorang yang memiliki kebolehan dalam seni persilatan dan mahir dalam pembuatan tanjak. Puan Zainab dan suami mengambil tempahan membuat tanjak dan menjualnya kepada ‘direct customer’ yang merupakan penjual di Uptown Kuala Lumpur. Sejak PKP yang lepas, Puan Zainab melebarkan sayap menjualkan tanjaknya di platform media sosial seperti Instagram dan Facebook. Sekarang jualan semakin meningkat selepas Puan Zainab membuka kedai di portal e-dagang Shopee. Puan Zainab maju setapak lagi dengan membuka perniagaan Nasi Arab di Restoran Sedaya, Benta. Terbaru, Puan Zainab dalam usaha untuk membuka galeri hasil seni mereka yang dinamakan Galeri Terbilang yang terletak di Pekan Benta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau berniaga secara ‘direct customer’ yang merupakan penjual di Uptown Kuala Lumpur.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan penglibatan ICT Puan Zainab berniaga di Media Sosial seperti Instagram, Facebook dan juga portal e-dagang Shopee. Puan Zainab juga mempromosikan perniagaan di Media social serta whatsapp.

_______________________________________________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Noriah Binti Silah

Umur: 57 Tahun

Usahawan: Pengusaha dodol gula kabung secara sambilan di Kg Terap, Budu.  Dodol Gula Kabung Asli

 

kak noriah.jpg

 

Latar belakang

Puan Noriah merupakan seorang Guru Tabika KEMAS dan membuat perusahaan dodol gula kabung di rumahnya secara sambilan merupakan calon Kisah Kejayaan pda tahun 2017. Dodol Gula Kabung merupakan satu-satunya produk beliau sebelum ini. Sekarang beliau mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaannya dengan produk baru iaitu Belimbing Rebus, Nasi manis, Sambal Itam dan Bahulu. Sebelum ini Puan Noriah hanya memasarkan dan mempromosikan produk melalui facebook sahaja tapi kini telah membuka kedai atas talian di portal dagang Lazada.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM1500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menceburkan diri dalam perniagaan e-dagang serta promosi di internet, pendapan Puan Noriah semakin meningkat malah beliau juga berjaya menjadi pengeluar dan pembekal dodol serta produk lain bagi .  majlis-majlis kerajaan, pejabat RISDA dan pejabat ADUN. Sekarang anak kepada puan Noriah sudah berminat untuk meneruskan perniagaan ibunya kerana perniagaan ini menunjukkan potensi yang sangat tinggi dan anaknya juga telah datang ke Pusat Internet Kg Budu bagi mendapatkan Ilmu berkaitan Perniagaan Shopee.

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Nurul Haryati Bt Mahmut

Umur: 36 Tahun

Usahawan: Jualan Makanan Kuih-Muih dan Produk Kecantikan

 

frgr.jpg

 

Latar belakang

Puan Haryati merupakan pembantu kedai makan di Kampung Budu dan seorang peniaga produk kecantikan dan penguasaha kuih muih. Beliau juga wanita aktif dalam aktiviti yang diadakan di kampung.termasuklah program yang melibatkan pusat internet .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan di kedai sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam penggunakan teknologi maklumat seperti kaedah promosi dalam talian dan penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk mendapat tunjuk ajar mengenai perniagaan dan promosi di atas talian, kini beliau telah mara setapak dengan mempromosikan perniagaannya di FB,MyShop Dashbord, mempunyai Instagram sendiri dan mula melakukan promosi. Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini. Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya.

_______________________________________________________________________________________________________________________