KEMUDAHAN ASAS

Sesuatu penempatan yang dibina tidak akan selesa tanpa dilengkapi dengan prasarana infrastruktur.Pelbagai kemudahan yang diberikan untuk kesenangan hidup penduduk.Hampir kesemua penduduk disini mendapat bekalan elektrik dan air.Kemudahan asas yang terdapat di Kg.Budu boleh dilihat seperti di dalam jadual yang dibawah. Kemudahan-kemudahan lain seperti balai bomba, balai polis, pejabat pos, tadika, taman permainan dan tokong cina tidak terdapat di Kg Budu. Kesemua kemudahan ini boleh didapati di kawasan terdekat iaitu di sekitar DUN Benta.

KEMUDAHAN ASAS

JUMLAH

BALAI RAYA

1

DEWAN SERBAGUNA

1

SEKOLAH MENENGAH

1

SEKOLAH RENDAH

1

TADIKA

0

TAMAN PERMAINAN

0

MASJID

1

GELANGGANG BOLA

2

PADANG BOLA

1

PERPUSTAKAAN

1

PONDOK BUS

1

Balai Raya

 

Dewan Serbaguna

 

Sekolah Rendah dan Sekolah menengah

smkpgas.PNG

 Panglima Garang Abdul Samad

 

SK Budu

Masjid

                                                                                        Masjid Jamek

 

Gelanggang Bola

 

 

                

 

 

 

Perpustakaan

Pusat Sumber Kemas Kg Budu adalah sebuah pusat sumber di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pusat sumber ini ditubuhkan untuk memberi kemudahan pembacaan kepada masyarakat setempat. Bahan-bahan pembacaan yang disediakan boleh dipinjam oleh pengguna. Pusat sumber ini telah mula beroperasi pada hujung tahun 2012.

 

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Kemas Kg Budu adalah:

 

i. Perkhidmatan peminjaman buku

ii. Perkhidmatan rujukan

iii. Perkhidmatan komputer (mesin pengimbas dan mesin pencetak)

iv. Menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar

v. Kesedaran semasa

vi. Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa

vii. Promosi Galakan Membaca

 

Lokasi :

Kampung Budu,

27310 Benta, Kuala Lipis, Pahang.

 

Waktu Perkhidmatan :

 

HARI MASA

Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat, Sabtu, Ahad & Kelepasan Am TUTUP

 

Pendaftaran Keahlian:

 

i. Pendaftaran keahlian adalah percuma.

ii. Borang perlu diisi dengan betul dan lengkap.

iii. Kad keahlian tidak boleh di pindah milik.

iv. Seorang ahli boleh meminjam 2 buah buku untuk tempoh 2 minggu.

v. Kehilangan atau kerosakan kad pinjaman dikenaskan denda RM2.00.

 

Kategori Keahlian:

 

i. KK : Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)

ii. RM : Remaja (13-17 tahun)

iii. DS : 18 tahun ke atas

 WhatsApp Image 2023-01-11 at 3.13.13 PM (1).jpeg

                                                                                     Pusat Kemas Kg.Budu

 

Pondok Bus

 

 

 

 

 

                                                                                                                             *sumber dari Pejabat Penghulu Kg Budu