KEUSAHAWANAN

Nama:Siti Hazimah Nadzirah Binti Hamdan

Umur: 29 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan barangan kecantikan dalaman ( Jamu Juanita, Herba Hero Malaya)

 

 

Latar belakang

Puan Siti Hazimah Nadzirah berasal dari Melaka dan sekarang menetap di Kg Kadok merupakan surirumah sepenuh masa,Walaubagaimanapun minatnya di dalam perniagaan amat tinggi. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan produk kecantikan  bermula tahun 2016,dengan produk Dianz kemudian beralih kepada produk Jamu Herba Juanita, bermula dengan menjadi ‘dropship’ seterusnya ejen daerah dan sekarang sudah meningkat menjadi  Master ejen. Dari kecil-kecilan sekarang semakin membanggakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan kepada kawan-kawan sekampung sahaja dan jualan hanyalah untuk pasaran setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mempromosikan perniagaannya di Page-page FB, mempunyai Instagram perniagaan sendiri dan mula melakukan promosi melalui video-video dan gambar-gambar yang disunting untuk menarik minat penonton. Di PI kg Budu juga beliau mempelajari cara menggunakan youtube monetization sebagai cabang baru dalam perniagaannya. Beliau juga merupakan Peniaga online di Lazada, dan Shope. Beliau sering ke Pusat Internet untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan Online dan juga untuk menguruskan dokumen untuk urusan jual beli online.


_______________________________________________________________________________________________________________________

Keusahawanan

Selain terlibat dengan aktiviti pertanian dan perladangan, terdapat juga penduduk yang menceburi bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS).  Antara perusahaan yang terkenal termasuk membuat dodol dan pembuatan kuih sejuk beku.  Pengusaha IKS ini biasanya akan menerima bantuan mesin dan khidmat nasihat daripada pihak tertentu.

Perusahaan Dodol Hjh  Habibah

Perusahaan dodol di Kampung Budu merupakan antara aktiviti keusahawanan utama di sini.  Walaupun sudah menjangkau umur 60-an, Habibah Mohd Amin begitu bersemangat mengusahakan dodol gula kabung di Kampung Budu, Pahang Darul Makmur.  Dodol gula kabungnya yang tidak terlalu manis, lemak dan berbau wangi mendapat permintaan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.  Menurut Hjh Habibah, untuk mengekalkan keenakan rasa dodolnya, beliau menggunakan tepung pulut yang dikisar sendiri dan gula kabung yang diperoleh daripada pembekal di Kampung Peruang, Raub.  Malah beliau tidak menggunakan sebarang bahan pengawet bagi mengekalkan rasa, ketahanan dan kualiti dodol.  Selain menghasilkan dodol gula kabung dan dodol perasa durian, beliau turut menghasilkan lempuk durian serta sambal hitam yang hanya terkenal di Pahang.

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, Hjh. Habibah kini memasak dodol dengan menggunakan tiga kawah berteknologi tinggi.  Malah setiap kali bulan Ramadhan, beliau akan menyediakan hampir 300 kilogram dodol gula kabung bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang meningkat dua hingga tiga kali ganda.  Hjh. Habibah menjual dodol gula kabung dengan harga antara RM28.00 hingga RM30.00 sekilogram.  Menurut beliau, dodolnya semakin mendapat perhatian selepas menyertai Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) pada tahun lalu, serta pelbagai program yang diadakan di seluruh negara.

Hjh. Habibah yang juga penerima Anugerah Peladang Jaya Wanita Pahang 2008 berharap dapat memperluaskan pasaran dodol gula kabungnya ke seluruh Malaysia.  Hingga saat ini, dodol gula kabungnya bukan sahaja terkenal di Pahang malah di Pulau Pinang, Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.  Selain memasarkan produk yang dihasilkan secara terus kepada pelanggan, beliau turut menjualnya di pasar tani, pekan sehari dan secara tempahan.  Setiap bulan beliau akan menghantar bekalan kepada pengedar di setiap negeri.  Beliau juga turut mendapat sokongan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Raub dan Negeri Pahang dari segi promosi dan pemasaran.

Gambar

 

 

 

 

 

 

 

 

                

                                Peralatan yang digunakan untuk membuat dodol

 

 

 

 

 

Kuih Sejuk Beku Pn Halimah

Selain perusahaan dodol, perusahaan kuih sejuk beku Pn. Halimah juga terdapat di Kg  Budu.  Bermula dengan modal sendiri, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat tajaan RISDA pada tahun 2012 dari segi peralatan memproses kuih.  Beliau menghasilkan enam jenis kuih sejuk beku iaitu karipap, cucur badak, donat, samosa, kuih kacang, pau gorang dan pau kukus.  Produk jualan ini dijual kepada seluruh penduduk kampung dan kawasan berdekatan.  Menurut Pn. Halimah, kuih karipap dan kuih donat mendapat jumlah permintaan tertinggi dari pelanggan.  Malah beliau juga turut menerima tempahan membuat kuih untuk majlis jamuan, majlis hari raya, dan majlis perkahwinan.  Dari segi penghantaran produk jualan, beliau membuat penghantaran sendiri atau diambil sendiri oleh pelanggannya.  Tenaga kerja bagi perusahaan ini hanya terdiri daripada beliau sendiri dan dibantu oleh ahli keluarga sahaja.  Selain kuih-muih, beliau turut menghasilkan produk jualan tambahan seperti kerepek pisang, dodol dan sambal hitam.

Produk Jualan

i.Karipap

ii.Cucur badak

iii.Donat

iv.Samosa

v.Kuih kacang

vi.Pau goreng

vii.Pau kukus

viii.Keperpek pisang

ix.Dodol

x.Sambal hitam

Gambar

 

                       

 

 

                                             Dodol

 

                                       Kuih Sejuk beku

 

                                            Antara Kuih Sejuk beku yang di usahakan

 

 

Sumber : Temuramah bersama Pn. Halimah