Tarikh : 4 Disember - 7 Disember 2017 Masa : 10.00am - 5.00pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Memberi latihan ICT berbentuk kursus kepada peserta bagi mengisi masa lapang sewaktu cuti sekolah disamping menambahkan lagi kemahiran peserta di dalam bidang ICT terutamanya penggunaan MS Office. Bengkel ICT ini dilaksanakan selama empat hari berturut-turut iaitu dari 4 Dis hingga 7 Dis 2017. Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang peserta dan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, manakala bagi sesi petang pula bengkel bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Aktiviti :
Menjadikan peserta mahir dalam penggunaan Ms Office Word, Ms Office Power Point dan Ms Office Excel. Disamping itu, kursus ini juga membentuk keyakinan diri terutamanya dalam kemahiran berkomunikasi dan penyampaian maklumat melalui pembentangan slide di dalam slot Ms Office Power Point. Selain itu, peserta dapat mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan berilmu.
___________________________________________________________________________________________________________________________________