Tarikh    : 29 Ogos 2018

Masa     : 9.00 am - 12.00 pm

Lokasi   : PI Kg.Budu

Peserta : Murid Pra Sekolah

 

no 2.jpg

 

Tujuan :

Meningkatkan semangat kemerdekaan dan rasa sayangi negara di kalangan kanak-kanak sekolah disamping mengingatkan mereka tentang sejarah kemerdekaan negara. Program sebegini mampu memupuk semangat kemerdekaan dan cintakan negara di dalam diri kanak-kanak sejak kecil lagi.  Disampng itu, aktiviti yang diadakan dengan menggunakan komputer mampu melatih mereka kemahiran penggunaan komputer dan dalam masa yang sama juga memberi mereka keseronokan dalam belajar.

Aktiviti :

Program berlangsung selama tiga jam melibatkan aktiviti penggunaan MS Office Word, E-Learning dan Penggunaan Internet.  Aktiviti bermula dengan murid-murid membuat bendera Malaysia menggunakan MS Office Word serta penerangan maksud warna-warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia.  Kemudian murid-murid rehat seketika.  Aktiviti bersambung dengan mengenal binatang serta sebutan di dalam Bahasa Inggeris.  Murid-murid juga diberikan masa bermain permainan mengenal binatang menggunakan komputer.  Aktiviti terakhir ialah penggunaan Youtube, dimana murid-murid ditayangkan dengan video dan lagu kemerdekaan.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________