Pusat internet kampung budu ada menyediakan perkhimatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada ahli pusat internet  antara alat yang kami sediakan adalah pemeriksaan tekanan darah, penimbang berat badan. Jika komuniti ingin melihat tahap tekanan darah mereka boleh datang ke pusat internet kampung budu.

Kesihatan

Klinik Desa Kampung Budu mula beroperasi pada tahun 1962, dan dirasmikan pada tahun 1964.  Dahulu dikenali sebagai Rumah Bidan, tetapi setelah digantikan dengan bangunan baharu pada tahun 2001, ‘Rumah Bidan’ telah ditukar kepada Klinik Desa Budu.  Klinik ini beroperasi pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.  Dulunya, klinik ini beroperasi mengikut jadual bagi setiap kategori rawatan, tetapi kini Klinik Desa Budu beroperasi untuk semua jenis rawatan pada setiap hari.  Klinik ini terletak kira-kira 30 km dari Hospital Kuala Lipis dan 25 Meter dari Pusat Internet 1Malaysia Kampung Budu.

 

                                                                                                                  Sumber : Klinik Desa Budu