GULA KABUNG

Selain nilai sejarah, Kampung Budu juga mempunyai daya tarikan tersendiri iaitu perusahanan gula kabung yang sibuat oleh penduduk Kampung.Malah, perusahaan itu menjadi anatara punca pendapatan utama beberapa penduduk kampung sehingga ada yang menerima temphan tanpa henti – henti bagi produk gula kabung.

Perusahaan gula kabung bagi pengusaha mendapat permintaan tinggi dari luar kawasan Kampung Budu produk tersebut kebiasaanya ada pengusaha mengusahakan hanya menggunakan tenaga kerja kakitangan ahli keluarga sahaja untuk menghasilkan produk gula kabung berkenaan.

Pengusaha mendapatkan nira kabung yang diambilnya dari pokok kabung yang terdapat si sekitar kampung pada setiap pagi dan petang. Walaubagaimanapun permintaan gula kabung tidak menentu juga, dan ada pengusaha tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi.Jadi bagi pengusaha gula kabung berkenaan terpaksa buat sekadar yang mampu kerana ada sahaja orang yang akan menempah dan membeli gula kabung.Sebaik menuai air nira kabung, pengusaha berkenaan akan memasak sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dikeraskan dan dibungkus menggunakan daun pokik kabung kering.

Kegunaan gula kabung , ia boleh dimasak menjadi dodol gula kabung, kuih-muih tradisional atau dijadikan manisan untuk minuman menggantikan gula tebu.Rasanya tidak terlalu manis malah tidak mendatangkan kemudaratan seperti gula tebu.Selain itu, air nira kabung juga boleh diminum begitu sahaja dan rasanya tidak jauh berbeza dengan nira nipah.Produk gula kabung merupakan perusahaan utama di Kampung Budu.produk itu mendapat permintaan tinggi daripada pasaran luar sehingga ada pengusaha yang masih tidak mampu memenuhinya.

 

 

 

Sumber : Utusan Malaysia (Sabtu, 30 MEI 2015)