KEUSAHAWANAN 

Nama: Norazwa Binti Shahidun

Umur: 33 Tahun

Usahawan: Kuih-Muih

 

Latar belakang

Puan Norazwa merupakan suri rumah dan telah menetap di Kampung Budu,Benta. Beliau menjalankan peniagaan menjual kuih-muih ini sejak Disember 2016. Sebelum ini beliau telah membuka gerai menjual makanan di depan rumahnya,dan sekarang beliau menjalankan peniagaannya secara penghantaran ke rumah. Antara makanan yang beliau sediakan seperti pisang goreng,karipap,keropok lekor,kuih manisan dan minuman. Pesanan untuk meghantaran boleh dibuat secara atas talian menggunakan whatapps beliau juga menerima tempahan untuk program,kursus dan mesyuarat di kawasan sekitar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang telah membuat tempahan bulanan adalah sekitar 30 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan makanannya. Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan page. Promosi makanannya dapat diluaskan ke kawasan luar dan menerima banyak tempahan terutamanya penduduk tempatan yang menggunakan aplikasi media sosial setiap hari. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM600 sebulan. Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniaganya, contohnya dalam membuat kira-kira pendapatan, bahan promosi dan sebagainya.