KEUSAHAWANAN 

Nama: Norhamizah Binti Rahman

Umur: 56 Tahun

Usahawan: Gubahan Bunga dan Hiasan Kreatif.

 

Latar belakang

Puan Norasana merupakan guru KEMAS di benta dan beliau telah mengusahakan perniagaan gubahan bunga dan hiasan kreatif sebagai pendapatan sampingan beliau, dengan kemahiran yang beliau ada beliau telah membuat keputusan untuk menjalankan peniagaannya sejak tahun 2015. Antara produk yang beliau hasilkan adalah bekas tisu,bunga telur,hiasan tudung saji dan lain-lain. Puan Norasana sering datang ke pusat internet untuk belajar mempromosikan produknya itu dan beliau juga telah mempromosikan di dalam laman portal dashboard pusat internet .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang telah membuat tempahan bulanan adalah sekitar 6 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan makanannya. Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan page. Promosi makanannya dapat diluaskan ke kawasan luar dan menerima banyak tempahan terutamanya penduduk tempatan yang menggunakan aplikasi media sosial setiap hari. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM500 sebulan. Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniaganya, contohnya dalam membuat kira-kira pendapatan, bahan promosi dan sebagainya.