CELIK IT 

Nama: Norhamizah Binti Abdullah Umar

Umur: 35 Tahun

Celik IT: Belajar Internet dan Menaip 

 

Latar belakang

Nama beliau ialah Puan Hamizah Binti Abdullah Umar. Beliau bekerja sebagai jururawat desa di Klinik Desa Kampung Kemahang. Beliau pada awalnya hanya mampu menggunakan komputer secara asas sahaja dan tidak mahir dalam penggunaan komputer secara lebih mendalam terutamanya dalam penggunaan internet. Tugas sebagai jururawat saban hari semakin bertambah dan memerlukan kemahiran internet menjadikan beliau seakan tertekan dengan beban tugas. Setelah mengetahui Pi Kg Budu menyediakan perkhidmatan latihan ICT secara percuma, beliau telah hadir ke Pi Kg Budu dan belajar secara lebih mendalam mengenai Ms Office dan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Hamizah hanya mempunyai kemahiran asas sahaja berkaitan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas belajar kemahiran penggunaan komputer di Pi Kg Budu, Puan Hamizah semakin mahir dan mampu menggunakan internet tanpa bantuan dari orang lain. Puan Hamizah juga telah mempunyai akaun emel sendiri dan boleh menggunakan emel untuk pelbagai urusan termasuk urusan kerja. Beliau juga semakin mahir dalam penggunaan MS Office dan kini telah mampu melaksanakan sendiri kerja-kerja berkaitan data dan tugasan fail di klinik. Kemahiran yang diperoleh hasil dari pembelajaran di Pi kg Budu banyak membawa perubahan ketara kepada beliau dan kini beliau semakin yakin dalam penggunaan ICT.