KEUSAHAWANAN
Nama: Puan Aziah Binti Harun Umur: 44 Tahun Usahawan: Pengusaha Gula Kabung |
Latar belakang
Puan Aziah merupakan seorang Guru Tabika KEMAS dan membuat penjualan gula kabung di rumahnya secara sambilan dengan membantu suaminya. Gula kabungnya dijual di sekitar kampung, mukim Budu dan sekitar pekan Benta. Mula membuat perusahaan ini sejak tahun 1997 lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan gula kabung suaminya. Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan page. Promosi gula kabung dapat diluaskan ke kawasan luar dan menerima banyak tempahan terutamanya di bulan puasa dan musim perayaan dan musim kenduri kendara, serta hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM1500 sebulan. Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan gula kabung, contohnya dalam membuat kira-kira pendapatan, bahan promosi dan sebagainya.
__________________________________________________________________________________