KEUSAHAWANAN

Nama: Nur Ummirah Binti Abd Aziz

Umur: 18 Tahun

Usahawan: Jualan dropship dan jualan pakaian (tudung, baju tshirt, skirt dan seluar) secara   kecilkecilan di sekolah dan kawasan sekitar.

 

Latar belakang

Nur Ummirah merupakan pelajar sekolah menengah di SMKPGAS dan telah membuat jualan secara kecil-kecilan berbentuk dropship dan juga mengambil upah menjual secara kecil-kecilan. Dia telah menjual pakaian seperti tudung, skirt, baju tshirt dan seluar mengikut permintaan terutamanya pakaian untuk remaja. Target utama adalah kepada rakan-rakan di sekolah dan asrama.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM150 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan pakaian secara kecil-kecilan itu. Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan page. Promosi jualannya dapat diluaskan ke kawasan luar dan sekitar kampung serta menerima banyak permintaan terutamanya di kalangan pelajar sekolah.. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM250 sebulan. Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini, contohnya dalam membuat kira-kira pendapatan, bahan promosi dan sebagainya.

 

____________________________________________________________________________________