CELIK IT 

Nama: Muhammad Shaffie Bin Roslizan

Umur: 18 Tahun

Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet 

 

Latar belakang

Nama beliau ialah Muhammad Syaffie Bin Roslizan.  Berumur 17 tahun dan merupakan pelajar SMK Panglima Garang Abdul Samad.  Kini beliau telah berjaya melanjutkan pengajian ke tahap Diploma dalam bidang perakaunan di UITM Jengka, Pahang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Syaffie pada awalnya hanya mengunjungi Pi untuk menggunaakan perkhidmatan fotostat dan print setiap kali mempunyai kerja sekolah.  Kemudian beliau meminjam netbook untuk membuat kerja sekolah di rumah.  Lama kelamaan beliau sering hadir ke Pi Kg Budu untuk menggunakan internet kerana capaian internet di sini lebih tinggi.  Setelah dari itu, rutin harian beliau adalah mengunjungi Pi Kg Budu, belajar komputer dan sering bertanya pelbagai penyelesaian masalah berkaitan penggunaan internet.  Sehinggalah beliau belajar menggunakan internet untuk belajar dan mengulangkaji matapelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas belajar kemahiran penggunaan komputer di Pi Kg Budu, Muhammad Syaffie banyak meluangkan masa belajar dengan menggunakan internet.  Beliau semakin mahir dan banyak memperoleh maklumat yang sebelum ini amat terhad dan kebanyakannya hanya diperoleh dari guru-guru di sekolah.  Banyak soalan-soalan ulangkaji diperoleh dan banyak info-info dan tips dapat dipelajari.  Memandangkan Syaffie pada ketika itu berada di Tingkatan 5, jadi beliau lebih memfokuskan kepada ulangkaji matapelajaran. Beliau telah memperoleh keputusan 5A dalam SPM dan berjaya melangkah ke UITM dalam jurusan perakaunan.  Kemahiran komputer yang dipelajari memudahkan pelbagai urusan beliau dalam menguruskan permohonan UPU, bantuan dan pinjaman palajar, malah banyak lagi urusan atas talian dapat dilakukannya dengan mudah.

 

_____________________________________________________________________________________________