KEUSAHAWANAN

Nama: Haji Azahari Bin Sabudin

Umur: 65 Tahun

Usahawan: Jualan Sambal hitam,Lemang & Dodol

 

Latar belakang

 

Haji Azahari merupakan seorang pesara polis dan merupakan pengusaha makanan setempat iaitu dodol gula kabung, sambal belimbing hitam dan lemang di rumah beliau.  Juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis keraian.  Produknya dijual di sekitar kampung, mukim Budu dan sekitar pekan Benta.  Mula membuat perusahaan ini sejak tahun 1997 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan beliau.  Beliau juga telah menggunakan portal Dashboard My Shop sebagai salah satu medan untuk mempromosikan produk jualannya. 

Beliau kini lebih mahir menggunakan komputer dan internet.  Promosi barangan jualannya dapat diluaskan ke kawasan luar dan menerima banyak tempahan terutamanya di bulan puasa dan musim perayaan serta musim kenduri kendara.  Beliau juga sering dijemput untuk menyertai pertandingan masakan sebagai wakil penduduk Kg Budu dan juga sering dijemput untuk membuat demo masakan tempatan.  Saban hari produk jualannya semakin dikenali dan hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM1000 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perusahaan ini.  Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya. 

 

_____________________________________________________________________________________________