KEUSAHAWANAN

Nama: Nora Suhaida Azlin Bin Mohamad

Umur: 41 Tahun

Usahawan: Menjual barangan kemas secara online dan offline.

 

Latar belakang

Puan Nora Suhaida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan membuat jualan barangan kemas secara atas talian dan bayaran ansuran.  Beliau juga melaksanakan jualan secara dropship kepada pelanggan. Target pelanggannya adalah di sekitar kampung, mukim Budu dan kenalan.  Mula membuat perusahaan ini sejak tahun 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 20 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan beliau.  Beliau juga telah menggunakan portal Dashboard My Shop sebagai salah satu medan untuk mempromosikan produk jualannya. 

Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, Instagram dan sebagainya dan menjadikan media sosial ini sebagai perantara untuk terus berhubung dengan pelanggan dan menjual barangan secara atas talian.  Promosi barangan jualannya dapat diluaskan ke kawasan luar.  Hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM700 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini.  Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya. 

knora.jpg

 

_____________________________________________________________________________________________