CELIK IT 

Nama: Nik Muhammad Noor Iskandar Bin Abdul Razak

Umur: 18 Tahun

Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet 

 

Latar belakang

Nama beliau ialah Nik Muhammad Noor Iskandar Bin Abdul Razak.  Berumur 12 tahun dan merupakan seorang murid SK Budu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nik Muhammad Iskandar atau mesra dengan panggilan Iskandar merupakan seorang murid yang rajin belajar dan suka belajar sesuatu yang baru.  Iskandar sangat suka menggunakan komputer tetapi tetapi tidaklah mahir untuk menggunakannya dengan lebih mendalam.  Beliau boleh menggunakan computer secara asas sahaja selain mengisi masa lapang dengan bermain permainan atas talian.  Boleh dikatakan setiap hujung minggu Iskandar akan hadir ke Pusat Internet Kg Budu untuk menggunakan komputer dan melayari internet.  Kemudian Iskandar mula mengikuti kelas latihan computer yang dilaksanakan di Pi Kg Budu.  Bermula dari situ Iskandar mula belajar komputer secara lebih mendalam contohnya Ms Office Word, penggunaan software dan penggunaan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas belajar kemahiran penggunaan komputer di Pi Kg Budu, Iskandar banyak meluangkan masa belajar dengan menggunakan internet.  Beliau semakin mahir dan banyak memperoleh maklumat yang sebelum ini amat terhad dan kebanyakannya hanya diperoleh dari guru-guru di sekolah.  Banyak soalan-soalan ulangkaji diperoleh dan banyak info-info dan tips dapat dipelajari.  Memandangkan Iskandar berada di darjah 6, jadi beliau lebih memfokuskan kepada ulangkaji matapelajaran.  Selain itu, beliau turut belajar menggunakan internet seperti melalui video youtube, google translate terutamanya bagi pelajaran Bahasa Inggeris, carian maklumat di google dan sebagainya.  Disamping mudah mendapat maklumat, kelas latihan yang dihadiri beliau juga menjadikan beliau seorang yang mahir dalam penggunaan komputer.  Beliau turut menjadikan internet sebagai cikgu kedua beliau.  Dan dengan adanya kemahiran ini, peratusan pencapaian beliau Berjaya ditingkat.  Harapan beliau untuk memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR.

 

_____________________________________________________________________________________________________________________________