KEUSAHAWANAN

Nama: Mazlinda Binti Mukhtar

Umur: 32 Tahun

Usahawan: Makanan Nasi Pakej, Char Kue Teow, Dodol dan Lain-lain. 

 

Latar belakang

Puan Mazlinda merupakan seorang usahawan dan peniaga di Kg Budu.  Beliau mengusahakan pelbagai jenis makanan seperti nasi, dodol, lemang, char kuew teow dan sebagainya.  Beliau membuat jualan dari rumah, membuka gerai dan juga menerima tempahan dari pelanggan. Target utama pelanggan adalah sekitar Mukim Budu, Benta dan kawasan sekitar.  Mula membuat perusahaan ini sejak tahun 2015.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan beliau.  Beliau juga telah menggunakan facebook sebagai salah satu medan untuk mempromosikan produk jualannya. 

Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, Instagram dan sebagainya dan menjadikan media sosial ini sebagai perantara untuk terus berhubung dengan pelanggan dan menjual barangan secara atas talian.  Promosi jualan dapat diluaskan ke kawasan luar dan pelanggan semakin bertambah. Hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM2000 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini.  Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya. 

LIN.png

 

 

_____________________________________________________________________________________________