KEUSAHAWANAN

Nama: Nor Fatihah Binti Mohammad

Umur: 34 Tahun

Usahawan: Perniagaan membuat kek, roti dan kelas bakery


 

Latar belakang

Puan Fatihah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak.  Beliau mengusahakan pembuatan kek dan roti sebagai sumber pendapatan keluarga.  Beliau juga membuat perkhidmatan kelas belajar bakery kepada penduduk setempat malah kepada komuniti kawasan luar juga.  Target pelanggannya adalah di sekitar kampung, mukim Benta, Budu dan kenalan.  Mula membuat perusahaan ini sejak tahun 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan beliau.  Beliau juga telah menggunakan facebook sebagai salah satu medan untuk mempromosikan produk jualannya. 

Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, Instagram dan sebagainya dan menjadikan media sosial ini sebagai perantara untuk terus berhubung dengan pelanggan dan menjual barangan secara atas talian.  Promosi jualan dan kelas bakery dapat diluaskan ke kawasan luar malah sekitar Pahang. Hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM2000 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini.  Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya. 

 

 

 kak fatiha.jpg

 

_____________________________________________________________________________________________