KEUSAHAWANAN

Nama: Puan Noranisah Binti Abd Manaf

Umur: 42 Tahun

Usahawan: Rempah Kerutuk


 

Latar belakang

Puan Noranisah merupakan seorang pembantu am di SK Budu.  Beliau telah mengusahakan rempah gulai kerutuk untuk kegunaan para ibu agar lebih mudah dan cepat dalam menyediakan masakan.  Sasaran pelanggan beliau adalah di sekitar Mukim Budu, Benta.  Beliau juga sedia menerima tempahan gulai kerutuk yang telah siap dimasak untuk pelbagai majlis.  Telah melakukan pengusahaan ini sejak dua tahun yang lalu sebagai pendapatan sampingan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 ke 30 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg  Budu, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan dapat mempromosikan rempah gulai kerutuk beliau.  Beliau juga berpeluang mempromosikan produk di dalam Dashboard Komuniti My Shop.  Selain itu, kaedah-kaedah promosi lain turut digunakan termasuklah aplikasi whatapps dan pengedaran flyers.  Kini pendapatan sampingan beliau telah mencecah RM500 sebulan.

 

_____________________________________________________________________________________________