KEUSAHAWANAN

Nama: Norhazliyani Binti Husin

Umur: 23 Tahun

Usahawan: Tudung Atas Talian


 

Latar belakang

Norhazliyani merupakan seorang beliawanis yang mencari pekerjaan tetap tetapi masih belum menerima sebarang tawaran.  Jadi, beliau telah mengambil langkah untuk berjinak dengan dunia perniagaan.  Akibat kekangan modal, beliau telah melaksanakan jualan secara dropship.  Dari situ, beliau memperoleh pendapatan sampingan secara kecil-kecilan.  Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak Sept 2017 dan mensasarkan pelanggan di atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM150 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 20 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan dropship.  Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan page.  Promosi jualannya dapat diluaskan dan ditingkatkan lagi dengan menggunakan media social yang ada pada masa kini.  Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM250 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini, contohnya dalam membuat kira-kira pendapatan, bahan promosi dan sebagainya. 

 

 

_____________________________________________________________________________________________