CELIK IT 

Nama: Aiman Hakim Bin Shamsudin

Umur: 15 Tahun

Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet 

 

Latar belakang

Aiman Hakim Bin Shamsudin merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sek Men Keb Panglima Garang Abdul Samad.  Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga dan sukakan dunia IT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aiman Hakim pada awalnya boleh dikatakan tidak berapa mahir menggunakan komputer.  Beliau hanya menggunakan MS Office dan internet secara asas sahaja.  Beliau sering mengunjungi Pi1M untuk menggunakan komputer di waktu senggang terutamanya pada hari cuti sekolah.  Petugas Pi Budu kemudiannya mengajak beliau untuk menyertai kelas latihan yang dilaksanakan bagi menambahkan lagi kemahiran ICT beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu, Aiman kini telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet.  Beliau telah mahir dalam penggunaan Ms Office dan boleh menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mencari maklumat-maklumat baru.  Selain itu, Aiman Hakim juga mampu menggunakan pelbagai laman web untuk keperluan sosial seperti Lazada.com dan Shopee.com.  Tidak ketinggalan juga, Aiman mampu menggunakan perisian-perisian komputer yang boleh di muat turun dari internet untuk keperluan pembelajarannya.

 

 

___________________________________________________________________________________