KEUSAHAWANAN

Nama: Khairiah Binti Ibrahim

Umur: 33 Tahun

Usahawan: Produk Kesihatan

 

Latar belakang

Cik Khairiah merupakan Penyelia Pusat Sumber KEMAS di Kg.budu dan beliau aktif dalam menjual produk-produk kesihatan,sebagai pendapatan sampingan beliau, dengan kemahiran yang beliau ada beliau telah membuat keputusan untuk menjalankan peniagaannya sejak tahun 2016. Cik Khairiah sering datang ke pusat internet untuk belajar mempromosikan produknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 10 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan sebagainya. Serta,menjadikan media sosial ini sebagai perantara untuk terus berhubung dengan pelanggan dan menjual barangan secara atas talian. Promosi barangan jualannya dapat diluaskan ke kawasan luar. Hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM400 sebulan. Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini. Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya.

rsz_1rsz_kak_khariah.jpg

__________________________________________________________________________________________