CELIK IT 

Nama: Munisah Binti Md.Isa

Umur: 51 Tahun

Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet 

 

Latar belakang

Puan Munisah bekerja di Mahkamah Majistret Raub. Sebelum ini kerja beliau tidaklah menjurus kepada penggunaan komputer, namun pada masa kini beliau terpaksa membuat kerja yang melibatkan penggunaan komputer. Kerana tidak mahir dalam penggunaan komputer, beliau dan rakan-rakan telah mengikuti kursus-kursus komputer yang dilaksanakan di Pi Kg Budu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Munisah pada awalnya hanya tahu asas penggunakan komputer sahaja dan tidak pernah belajar komputer sebelum ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Budu, Puan Munisah kini telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet.  Beliau telah mahir dalam penggunaan Ms Office dan boleh menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mencari maklumat-maklumat baru. Selepas dari penjalani latihan komputer beliau telah mudah untuk membuat kerja-kerja yang melibatkan penggunaan komputer di pejabat.

_rsz_munisah.jpg______________________________________________________________________________________________