KEUSAHAWANAN

Nama: Nurul Syuhada bt M Hasbullah

Umur: 15 Tahun

Usahawan: Menyediakan servis ‘Birthday surprise’, servis ‘Delivery Bouquet’, Servis ‘Deco Party’

 

 syu.jpg

Latar belakang

Cik Nurul Syuhada merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Panglima Garang Abdul Samad. Beliau yang berketurunan darah Cik Siti Wan Kembang ini meminati bidang perniagaan sejak kecil, berkat dorongan dari ibu bapanya beliau yang sebelum ini hanya menjalankan perniagaan menggunakan kaedah promosi mulut ke mulut telah datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk meminta tunjuk ajar bagi meningkatkan jualan serta menggandakan promosi produk beliau di kawasan mukim Budu dan sekitarnya. Walaupun masih bersekolah, beliau sangat dedikasi dalam perniagaan sungguhpun begitu, persekolahan dan pembelajaran di sekolah tetap beliau dahulukan.

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, tetapi amat sukar mendapatkan pelanggan memadangkan beliau dan keluarga baru berpindah ke mukim ini dan tidak mempunyai ramai kenalan di sini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas beliau dan ibu datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk mendapat tunjukajar mengenai perniagaan dan promosi di atas talian, Jualan dan permintaan ke atas produknya juga meningkat dari jauh dan dekat, Beliau juga memenangi Pertandingan ‘Mengupload produk terbanyak ke My Shop Dashboard’ sempena program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kg Budu 2018 yang lepas.Beliau sudah mempromosikan lebih 67 produk jualan di My shop dashboard. Pusat Internet Kg Budu amat berbangga kerana dapat membantu seorang usahawan muda yang sangat komited untuk berjaya.

______________________________________________________________________________________