KEUSAHAWANAN

Nama: Zulkhairi bin Mukhtar

Umur: 26 Tahun

Usahawan: Peniagaan Makanan

 

heri.jpg

Latar belakang

En Zulkhairi merupakan belia berkelulusan Diploma Kejuruteraan Makanikal (pembuatan) dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang merupakan anak jati Kg Budu. Meminati bidang perniagaan masakan sejak kecil kerana ibu beliau juga merupakan Usahawan di dalam bidang makanan Tradisional. Memulakan perniagaan sejak tahun 2015 dengan menggunakan kemah kecil dan sekarang sudah mampu menggunakan kanopi besar dan berjaya membeli sebuah Van untuk kegunaan perniagaannyaa. Perniagaan makanan Tradisionalnya juga mula berkembang sejak tahun 2019 dan memasuki pasaran pasar raya dan online. Disamping itu beliau juga menjalankan perniagaan Pembersihan kawasan dan dalam bangunan dan merupakan syarikat yang berdaftar dengan e-perolehan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan hanyalah untuk pasaran setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk mendapat tunjukajar mengenai perniagaan dan promosi di atas talian, kini beliau telah mara setapak dengan mempromosikan perniagaannya di Page-page FB, mempunyai E-perolehan dan memasarkan produk di Lazada juga Shopee

______________________________________________________________________________________