KEUSAHAWANAN

Nama: Adillah Fatihah

Umur: 28 Tahun

Usahawan: Barangan Keperluan Rumah

 

dila.jpg

Latar belakang

Puan Adilah Fatihah binti Azmi berasal dari Kecau Tui, Kuala Lipis, merupakan surirumah sepenuh masa,Walaubagaimanapun minatnya di dalam perniagaan amat tinggi. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan peralatan rumah sejak tahun 2015, bermula dengan menjadi ‘dropship’ semakin hari semakin berkembang dan sekarang sudah menjadi ejen dengan stok yang banyak. Dari kecil-kecilan sekarang semakin membanggakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan kepada kawan-kawan sekampung sahaja dan jualan hanyalah untuk pasaran setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mempromosikan perniagaannya di Page-page FB, dan mula melakukan promosi melalui video-video dan gambar-gambar yang disunting untuk menarik minat penonton. Di PI kg Budu juga beliau mempelajari cara menggunakan youtube monetization sebagai cabang baru dalam perniagaannya. Beliau juga memasarkan barangan melaui Whatsapp. Beliau sering ke Pusat Internet untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan Online dan juga untuk menguruskan dokumen untuk urusan jual beli online

 

______________________________________________________________________________________