CELIK IT 

Nama: Syamimie Nurian Aien

Umur: 10 Tahun

Celik IT: Belajar Internet dan Menaip 

 

 

Latar belakang

Syamimie Nurian Aien adalah murid tahun 10, dan masih bersekolah  di sekolah jenis kebangsaan (cina) di Kuala Lipis. Lazimnya,setiap hujung minggu Syamimie akan berkunjung ke Pusat Internet Kg.Budu untuk belajar menggunakan komputer dengan lebih mahir lagi. Selain itu juga,syamimie sering menyertai program dan kelas yang diadakan oleh Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada awalnya Syamimie boleh dikatakan tidak berapa mahir menggunakan komputer.Beliau hanya menggunakan MS Office dan internet secara asas sahaja. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet untuk menggunakan komputer di waktu lapangnya terutamanya pada hari cuti sekolah. Petugas Pusat Internet Kg.Budu kemudiannya mengajak beliau untuk menyertai kelas latihan yang dilaksanakan bagi menambahkan lagi kemahiran ICT beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu,Syamimie kini telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Beliau telah mahir dalam penggunaan Ms Office dan boleh menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mencari maklumat-maklumat baru. Selain itu, Syamimie juga mampu menggunakan pelbagai laman web pembelajaran seperti tutor tv dan quiz online untuk menambah ilmu dalam pelajaran di sekolahnya. Tidak ketinggalan juga, Syamimie mampu menggunakan perisian-perisian komputer yang boleh dimuat turun dari internet untuk keperluan pembelajarannya.

 

 _________________________________________________________________________________________________________________