KEUSAHAWANAN

Nama: Intan Norliyana bt Rosele

Umur: 35 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan Kuih muih tradisional, dan produk kesihatan Najah.

 

Latar belakang

Pn Intan Norliyana lulusan Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang Abdul Samad merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau yang sebelum ini mengikut suami menetap di Serawak kini pulang menetap di Kampung Empau kerana menjaga ibunya yang mengalami masalah penglihatan. Beliau berjinak-jinak dengan perniagaan brooch kemudian beralih ke perniagaan kuih muih dengan menghantar kuih muih ke kedai-kedai setiap pagi, dan kini perniagaannya semakin berkembang berkat penglibatannya dengan komuniti dan Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan di kedai-kedai kampung sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk mendapat tunjukajar mengenai perniagaan dan promosi di atas talian, kini beliau telah mara setapak dengan mempromosikan perniagaannya di FB, mempunyai Instagram sendiri dan mula melakukan promosi melalui video-video dan gambar-gambar yang disunting untuk menarik minat penonton. Di PI kg Budu juga beliau mempelajari cara membina kedai atas talian di Shopee dan Lazada.


_______________________________________________________________________________________________________________________