KEUSAHAWANAN

Nama: Siti Hajar binti Azhar

Umur: 30 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan Kambing Grill

 

Latar belakang

Puan Siti Hajar berasal dari Seri Kembangan merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau baru berpindah ke Kg Budu sejak tahun 2017 kerana mengikut keluarga suaminya yang berasal dari Kg Budu kembali menetap di sini. Pada asalnya beliau berniaga secara kecil-kecilan hadapan rumah dah sekarang perniagaannya semakin berkembang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau berniaga pisang goreng dan wafel di hadapan rumah. Beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan kepada kawan-kawan dan  hanyalah untuk pasaran setempat sahaja. Beliau mula berniaga dengan serius selepas mendapat pendidikan keusahawan di Pusat Internet Kg Budu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Selepas beliau datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk mendapat tunjukajar mengenai perniagaan dan promosi di atas talian, kini beliau telah mara setapak dengan mempromosikan perniagaannya di FB, mempunyai Instagram sendiri dan mula melakukan promosi melalui gambar-gambar yang disunting untuk menarik minat penonton. Di PI Kg Budu juga beliau mempelajari cara menggunakan whatapp web sebagai cabang baru dalam perniagaannya. Beliau mempromosikan melalui kempulan-kumpulan whatsapp dan mendapat banyak tempahan. Terbaru beliau mengikuti kursus perniagaan di Shopee dan Lazada dan sedang membangunkan kedai atas talian beliau sendiri. Beliau merupakan antara pemuat naik terbanyak produk di My Shop Dashboard Komuniti.

_______________________________________________________________________________________________________________________