CELIK IT 

Nama: Muhamad Aniq Izuddin Bin Abd Rais

Umur: 14 Tahun

Celik IT: Belajar Internet dan Menaip

 

Latar belakang

Muhamad Aniq Izuddin Bin Abd Rais adalag seorang pelajar sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang Abdul Samad. Muhamad Aniq antara pengunjung tetap pusat internet kg.budu.kebiasaan dia datang untuk menyiapkan kerja sekolah dan menyertai kelas dan aktiviti yang dilaksanakan di pusat internet kg.budu ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Muhamad Aniq pada awalnya boleh dikatakan tidak mahir menggunakan komputer.  Beliau hanya tahu menggunakan  internet secara asas sahaja.  Setiap kali beliau hadir ke PI, pasti beliau akan meminta bantuan petugas untuk mengajarnya. Kemudian,Beliau sentiasa menyertai kelas yang telah dianjurkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu, Muhamad Aniq kini telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet.  Beliau telah mahir dalam penggunaan Ms Office dan boleh menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mencari maklumat-maklumat baru.  Selain itu,beliau juga lebih mahir mencari sumber maklumat untuk kerja kursus yang telah diberikan oleh gurunya.

 

 _________________________________________________________________________________________________________________