KEUSAHAWANAN

Nama: Suhana binti Mohd Nadzir

Umur: 39 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan kuih muih tradisional,Gerai makanan bermasak Islam dan menyediakan perkhidmatan Katering

 

MIO.jpg

Latar belakang

Puan Suhana merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia merupakan anak ke 5 dari 7 adik-beradik. Beliau merupakan anak jati Kg Budu, Pada awalnya beliau bekerja di sektor swasta di Kuala Lumpur dan mengambil keputusan untuk menjaga ibunya di kampung pada tahun 2010. Beliau meneruskan perniagaan ibunya iaitu perniagaan Kuih Tradisional di Pekan Sari Benta. Kini perniagaannya semakin berkembang berkat penglibatannya dengan komuniti dan Pusat Internet. Beliau maju setapak dengan membuka Kedai Makan di Kedai Rakyat Kg Budu bermula tahun 2019 dan menggunakan Media Internet untuk mempromosikan produk melalui platform Whatsapp dan Facebook.Beliau pernah terpilih untuk mempersembahkan masakan tradisional lemang kepada Tengku Mahkota Pahang pada tahun 2019 dan juga pernah mendemo masakan Lemang untuk rancangan televisyen NONA. Kejayaannya amat membanggakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau berniaga secara kecik-kecilan di Pekan Sari dan mengambil tempahan melalui panggilan telefon.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan penglibatan ICT dan galakkan usahawan Komuniti PI Puan Suhana memberanikan diri untuk membuka kedai makan sendiri dan sentiasa memuat naik menu dan promosi terkini kedainya melalui Facebook dan Whatsapp.

 

 

_______________________________________________________________________________________________________________________