CELIK IT 

Nama: Maaz Naeem bin Mohd Fairdaus

Umur: 8 Tahun

Celik IT: Belajar Microsoft Office & Melayari Internet

 

maaz 1.jpg

Latar belakang

Maaz Neem merupakan pelajar tahun 2 di SK Budu, beliau mula berdaftar dengan Pusat Internet Kg Budu pada tahun 2018. Beliau merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Beliau meminati subjek Sains dan Matematik. Beliau selalu datang ke Pusat internet Kg Budu untuk dan meminta dengan petugas untuk menjawab kuiz online seperti Kahoot.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau tidak pandai menggunakan PC terutamanya menggunakan mouse dan keyboard. Beliau hanya menggunakan telefon bimbit ibubapa sahaja untuk menonton youtube.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau mengenali Pusat Internet, beliau diajar menggunakan perkakasan PC dan beliau sudah mahir menggunakan mouse dan keyboard. Beliau juga diajar mencari maklumat dari internet dan sekarang sudah mahir mencari maksud-maksud perkataan Bahasa Inggeris yang diterjemah ke Bahasa Melayu. Beliau berupaya menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris dengan bantuan kamus Online. Beliau juga mahir mencari video dari Youtube untuk pembelajaran dan hiburan. Beliau juga sudah mahir menggunakan aplikasi Whatsapp bagi memudahkan dia berhubung dengan ibubapanya.