KEUSAHAWANAN

Nama: Noraznita Mokhtar Rudin

Umur: 36 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan Berger dan Ayam goreng di Bandar Benta dan secara atas talian

 

kak nita.jpg

Latar belakang

Puan Noraznita berasal dari Perak dan menetap di Kg Budu kerana mengikut suaminya bekerja di sini. Beliau memulakan perniagaan sejak beberapa tahun yang lalu. Bermula dengan menggunakan kereta untuk berniaga, sehingga perniagaan semakin maju dan membolehkan Puan Noraznita bertukar kepada Van. Waktu perniagaannya bermula selepas Maghrib sehingga pukul 11 malam. Produk perniagaannya ialah Berger dan ayam goreng. Bermula tahun 2020 Puan Noraznita mengorak langkah dengan memasarkan produknya melalui platform atas talian seperti Facebook dan Whatsapp.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau berniaga secara langsung dan pelanggan yang datang adalah secara walkin sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan penglibatan ICT dan galakkan usahawan Komuniti PI Puan Noraznita memberanikan diri untuk memuat naik menu dan promosi terkini kedainya melalui Facebook dan Whatsapp. Sekarang Puan Noraznita telah menjinakkan diri menjadi dropship produk atas talian dengan produk Tudung.

_______________________________________________________________________________________________________________________