SK Budu merupakan antara sekolah tertua di Daerah Lipis, baru-baru ini telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke 38. Sukan tahunan ini adalah kolabrasi antara SK Budu, anggota PIBG, Belia, sekolah-sekolah sekitar, dan seluruh penduduk Kg. Budu. Temasya ini berlangsung pada 11 November 2018 yang lepas bertempat di Padang SK Budu.

    Semua peserta terdiri dari kumpulan Ibu-bapa, Belia-belia dan pelajar sekolah di bahagikan kepada 2 rumah sukan iaitu Ruman Sukan Mat Kilau (Merah) dan Rumah Sukan Dato' Bahaman (Biru). Kedua-dua rumah sukan berentap dengan sengit untuk memenangi tempat dan kedua-duanya memberikan kerjasama yang sangat baik.

   Antara acara yang dipertandingkan adalah acara balapan, acara sukaneka seperti bawak bola pingpong dalam sudu, kepit bola, isi air dalam botol, tarik tali, rebut kerusi, tarik tali, sepak raga dan lain-lain. Perasmian disempurnakan oleh En. Ahmad Taufek bin Abu Daud, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Lipis dan Sukan berakhir pada pukul 3 petang dengan Rumah Sukan Mat Kilau (Merah) memenangi Rumah Sukan Terbaik.

  Terima kasih, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sukan tersebut terutamanya kepada Guru Besar Sk Budu Puan Rosbiah bt Zakariah dan semua cikgu-cikgu yang bekerja keras. Semoga SK Budu terus maju dan berjaya.

 

sukan sk budu 2.jpg

 

 

sukan sk budu.jpg

 

 

sukan sk budu 3.jpg