• Pendidikan

Prasarana pendidikan memberikan sumbangan perkhidmatan penting kepada masyarakat setempat yang merangkumi tahap proses pengajaran dan pembelajaran.  Terdapat dua buah sekolah di kawasan Kampung Budu iaitu Sekolah Kebangsaan Budu  dan Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang Abdul Samad.

 

Sekolah Kebangsaan Budu

Sekolah Kebangsaan Budu atau nama ringkasnya SK Budu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Napal.  Sekolah Kebangsaan Budu memiliki 16 orang pelajar lelaki dan 19 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 35 orang.  Sekolah Kebangsaan Budu terletak di kawasan luar bandar.

 

Gambar SK Budu

 

                       

Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang Abdul Samad

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang atau nama ringkasnya SMK Panglima Garang merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Abdul Samad Budu.  Sekolah ini menempatkan 195 orang pelajar lelaki dan 165 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 399 orang.

 

 

Gambar SMKPGAS