Tarikh    : 25 April 2019

Masa     : 9.00 Petang - 11.00 Petang

Lokasi   :Pusat Internet Kg.Budu

Peserta : Pelajar Prasekolah Alfateh, SK Budu

 

PRA SEKOLAH.jpg

Tujuan:

    • 1. Memberi pengenalan kepada pelajar tentang komponen komputer dan internet
    • 2. Memberi pendedahan tentang cara menaip dan menggunakan mouse serta keyboard
    • 3. Menjawab kuiz Kahoot dengan cemerlang
    4. Mendapat pendedahan mengenai ‘Klik Dengan Bijak’

Aktiviti :

  • 1. Penerangan komponen komputer, dan pelajar diminta untuk mencuba sendiri menggunakan komponen komputer.
  • 2. Pelajar diajar untuk menaip huruf-huruf didalam microsoft word.
  • 3. Kelas diteruskan dengan permainan menjawab kuiz kahoot.

4. Kelas diakhiri dengan tayangan video KDB dan penerangan mengenainya oleh petugas

 

 Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 28 Mac 2019

Masa     : 3.00 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   :Pusat Internet Kg.Budu

Peserta : Kakitangan Mahkamah Lipis & Raub

 

BGG.jpg

Tujuan:

  • 1. Memberi pengenalan kepada pelajar tentang asas kewangan dan cara menyimpan aset mengikut teori Robert T. Kiyosaki
  • 2. Memberi pendedahan tentang bagaimana Youtube dapat menjana pendapatan melalui adsense dan monetization
  • 3. Membentuk channel Youtube sendiri bagi setiap peserta
  • 4. Menggalakkan peserta untuk mengeksplore minat sendiri dan mentafsirkannya menjadi video youtube yang boleh mendatangkan pendapatan.
  • 5. Mendedahkan penggunaan dashboard
  • 6. Menjalankan saringan kesihatan bagi setiap peserta.

Aktiviti :

    • 1. Kelas dimulakan dengan menarik minat peserta mengenai cara wang bekerja mengikut teori Hartawan Robert T. Kiyosaki
    • 2. Peserta mula mempelajari cara membuka channel Youtube sendiri
    • 3. Peserta seterusnya belajar mengaktifkan fungsi monetize bagi channel Youtube masing-masing
    • 4. Peserta mempelajari terma dan syarat untuk memuat naik bahan ke Youtube
    • 5. Seterusnya peserta diperkenalkan dengan dashboard komuniti
    • 6. Peserta menjalani saringan kesihatan
    • 7. Kursus diakhiri dengan pemberian sijil oleh pengurus PIM

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 14 Mac 2019

Masa     : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   :Pusat Sumber KEMAS Kg.Budu

Peserta : AJK Pusat Sumber KEMAS Budu

 

sdswdf.jpg

Tujuan:

1. Membentangkan dan mengesahkan miniy Mesyuarat agung 2018

2. Membentang penyata tahunan Pusat Sumber 2018

3. Membentang penyata Kewangan 2018

4. Mengemaskini AJK Pusat Sumber KEMAS Kg.Budu yang dilantik bagi tahun 2018 - 2020

 

Aktiviti :

  1. Mesyuarat dimulai dengan ucapan aluan dari Cik Khairiah selaku Pustakawati Pusat Sumber Desa Kg Budu.
  2. Mesyuarat diteruskan dengan bacaan doa dari En. Kamarzaman

Seterusnya ucapan dari En. Kamarzaman selaku Naib Pengerusi dan menyampaikan salam dari En Amran bin Husin yang tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi

  1. Mesyuarat mengalukan kedatangan Puan Puziah selaku Penyelia Unit Bina Insan.

Puan Puziah menyampaikan amanat dari pihak KEMAS seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pusat Sumber Kg Budu tahun 2019.

  1. Mesyuarat diteruskan dengan perbentangan minit mesyuarat dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.
  2. Kemudian diteruskan dengan perbentangan penyata tahunan Pusat Sumber tahun 2018

Penyata kewangan dibentangkan pula selepas itu. AJK 2019 dikemaskini seperti yang telah dipersetujui semasa mensyuarat agung 2018 iaitu AJK dikekalkan sehingga tahun 2020.

  1. Sebaran flyers mengenai PIM dan e-waste. Mesyuarat ditangguhkan dan diakhiri dengan jamuan minum petang.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 26 Mac 2019

Masa     : 2.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   :Pusat Internet Kg.Budu

Peserta : Kakitangan Mahkamah Lipis & Raub

 

rfgrg.jpg

Tujuan:

  • 1.Memberi pengenalan kepada pelajar tentang perisian Adobe Photoshop sebagai medium untuk menyunting gambar produk untuk menjadikan ia lebih menarik pelanggan.
  • 2. Pelajar mempelajari cara menggunakan aplikasi.

3. Mempelajari cara membuat album untuk tujuan Photography.

 

Aktiviti :

  • 1. Dimulai dengan pengenalan aplikasi Adobe Photoshop melalui slide power point
  • 2. Belajar untuk membuka aplikasi, mengenal butang-butang fungsi di dalam aplikasi
  • 3.Pelajar mula membuat tugasan yang diberikan
  • 4.Pelajar menunjukkan hasil kerja
  • 5.Pelajar diberikan taklimat mengenai KDB

 

Gambar Disini

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 23 Februari 2019

Masa     : 3.00 am - 5.00pm

Lokasi   : Pusat Internet Kg.Budu

Peserta : Kakitangan Pejabat Tanah , Wanita & Pelajar Sekolah

 

rsz_install_software_antivirus.jpg

Tujuan :

Kelas ICT dan KDB ini adalah anjuran Pusat Internet Kg Budu dan dibuka kepada Ibu bapa, anak-anak serta kakitangan kerajaan serta swasta yang ingin memperlajari tentang komputer dan ICT. Pada kali ini peserta kelas adalah dari Pejabat Tanah daerah Lipis, anak-anak serta ibu bapa sekitar kg Budu.Tujuannye adalah dapat mempelajari cara menjaga keselamatan komputer dari virus, malware, bugs dan sebagainya. Selain itu, mempelajari cara menjaga keselamatan di laman internet & mempelajari cara mengenal pasti penipuan di dalam talia. Juga, mempelajari cara mengendalikan laman youtube .

Aktiviti :

Kelas dimulakan pada pukul 3.00 petang dengan kehadiran para peserta. Seterusnya Cik Nabila memulakan kelas dengan pengenalan komputer dan masalah yang sering hadir disebabkan komputer yang tidak dilindungi oleh anti virus. Kemudian kelas diteruskan  dengan pembentangan slide pembelajaran mengenai cara mengendalikan antivirus  dan cara menginstall antivirus , keburukan virus, malware dan bugs, Kemudian Kelas berehat sebentar sebelum diteruskan dengan Kelas KDB penipuan di talian, Cik Nabila memberikan contoh-contoh penipuan di internetmelalui slide dan tayangan video,cara untuk mengenalpasti info-info palsu di internet serta langkah yang perlu diambil jika terlibat atau menjadi mangsa kepada penipuan di internet. Kelas berehat sebentar kemudian diteruskan dengan pengenalan Youtube, cara melayari Youtube secara berhemah, cara menjaga keselamatan anak-anak di youtube, dan cara mewujudkan channel Youtube sendiri. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________