Tarikh : 22 Oktober 2017 Masa : 3.30pm - 4.30pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Melatih murid-murid sekolah untuk belajar dan melaksanakan ulangkaji pelajaran secara atas talian serta mempromosikan penggunaan Dashboard My Komuniti.
Aktiviti :
Kelas latihan e-pembelajaran dilaksanakan selama 1 jam dengan melatih murid-murid menggunakan kuiz tutorial Bahasa Inggeris secara atas talian. Murid-murid dilatih cara-cara menggunakan kuiz tutorial tersebut dengan betol dan cekap. Kuiz tersebut menekankan kepada kecekapan menjawab dan mencari jawapan. Setelah itu, murid-murid diberikan masa untuk membuat latihan yang tersediia di dalam kuiz tersebut. Peserta yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah sebagai ganjaran untuk lebih menarik minat untuk hadir ke kelas tutorial di masa akan datang.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 10 & 11 Oktober 2017 Masa : 10.00am - 12.30pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 7 Orang |
Tujuan :
Memberi kursus asas Ms Office kepada murid-murid lepasan UPSR SK Kemahang sebagai persediaan ke peringkat lebih tinggi.
Aktiviti :
Kursus asas MS Office ini berjalan selama dua hari berturut-turut yang disertai oleh tujuh orang murid dari SK Kemahang. Program bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Murid-murid didedahkan dengan pengenalan asas Ms Office dan seterusnya diajar kemahiran menggunakan MS Word dan Ms Excel. Selain dari asas penggunaan utama, mereka turut diajar menaip surat, membuat jadual, senarai nama dan penyata kira-kira
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 15 September 2017 (Jumaat) Masa : 3.30am - 4.30pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Melatih murid-murid sekolah menjadi mahir dalam penggunaan Ms Office Power Point. Disamping itu juga menjadikan mereka kreatif dengan menjadikan slide sebagai sebuah video dengan pelbagai kemahiran tambahan di dalam penggunaan Ms Power Point.
Aktiviti :
Kelas latihan Ms Power Point ini dilaksanakan selama satu jam bermula dengan penerangan penggunaan Ms Power Point dan penerangan cara-cara membuat slide seakan video. Kemudian murid-murid diberi masa untuk membuat slide masing-masing,disamping itu murid-murid berpeluang memasukkan lagu sebagai latar belakang slide. Kemahiran penggunaan MP3 converter juga turut diajar sebagai langkah pemilihan lagu di internet.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 04 September 2017 (Isnin) Masa : 9.00am - 6.00pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : KIM Mukim Budu |
Tujuan :
Program ini merupakan program pertandingan yang julung-julung kalinya terjadi. Mukim Budu telah terpilih untuk pertandingan kebangsaan kategori anjung bagi kecerian merdeka. Dengan adanya program sebegini, orang ramai dan AJK penggerak berganding bahu untuk menjadikan kecerian anjung sebagai yang terbaik. Semangat berpasukan dapat diterapkan di kalangan komuniti selain dari semngat merdeka yang cintakan perjuangan.
Aktiviti :
Aktiviti bermula pada pukul 9.00pagi dengan ketibaan orang ramai, kemudian ketibaan juri diiringi oleh konvoi bermotor dan barisan kumpulan wanita dan bendera. Kemudian acara penjurian bermula di seluruh anjung komuniti serta aktiviti-aktiviti lain yang tersedia berjalan serentak. Makan tengah hari disediakan dan acara diteruskan dengan aktiviti sehingga petang. Program berakhir pada pukul 6.00 petang.
______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 12 Ogos 2017 (Sabtu) Masa : 9.00am - 10.00pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
Melatih murid-murid sekolah menjadi mahir dalam penggunaan Ms Office Power Point. Disamping itu juga menjadikan mereka kreatif dengan penciptaan poster menggunakan Power Point dan menanam sikap cintakan negara bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia.
Aktiviti :
Kelas latihan Ms Power Point ini dilaksanakan selama satu jam bermula dnegan penerangan penggunaan Ms Power Point dan penerangan cara-cara membuat poster kemerdekaan. Kemudian murid-murid diberi masa untuk melakar poster masing-masing dan di akhir slot mereka dikehendaki memuat naik gambar poster merdeka ke dalam portal Dahboard Komuniti Pi1M.