Tarikh : 10 November 2018 Masa : 9.00 pm - 1.00pm Lokasi : Dewan Indera Gajah Budu Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan :
Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah di kalangan wanita Pahang tanpa mengira dimana berada bersama menggembeling tenaga untuk membantu memajukan kampung dengan mengetengahkan produk-produk yang dihasilkan di sekitar kawasan ini dibawa ke ibukota untuk dipasarkan. Program sebegini mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan komuniti serta dapat mengetengahkan produk-produk tempatan ke tahap yang lagi tinggi. Selain itu,memberi peluang kepada penduduk untuk menjual produk mereka.
Aktiviti :
Program ini dilaksankan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi PERAWAN dan perasmian oleh YB Adun Benta Dato’ Sri Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak.setelah itu,penyerahan produk-produk Mukim Budu kepada pihak PERAWAN.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 23 November 2018 Masa : 2.45 pm - 4.45 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :
Melatih murid-murid sekolah untuk mahir dalam penggunaan MS Office Word disamping menguji minda dengan bermain permainan pembelajaran online. Latihan penggunaan Ms Office Word ini memberi banyak ilmu baru kepada murid-murid. Selain itu, dapat melatih mereka belajar sesuatu yang baru. Tambahan pada masa kini semua kerja harus dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh itu,sedikit sebanyak membantu mereka dalam kemahiran komputer seperti ini.
Aktiviti :
Latihan menggunakan Ms Office Word secara permulaan untuk pelajar sekolah rendah. Seterusnya mereka bermain puzzle online. Kelas ini melibatkan 6 orang pelajar sekolah. Kelas latihan Ms Word dan E-Learning ini dilaksanakan selama 2 jam dengan melatih murid-murid menggunakan MS Office Word dengan lebih kreatif. Murid-murid di ajar cara menaip menggunakan keyboard dan menerangkan fungsi-fungsi tool Microsoft Word. Kemudian mereka diberi masa untuk melaksanakannya Latihan yang diberi oleh petugas. Setelah selesai, mereka bermain puzzle online KDB. Semua pelajar harus menyusun keratan gambar KDB dalam masa yang telah ditetapkan
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 5 Oktober 2018 Masa : 9.00 pm - 12.00 pm Lokasi : S.K Budu Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Budu |
Tujuan :
Program sebegini membawa murid-murid mengenali teknologi ICT dengan lebih dekat disamping memberi kesedaran tentang penggunaan internet secara lebih santai. Aktiviti berbentuk permainan tidak menjemukan mereka dan memberi lebih banyak ruang untuk mereka mengeluarkan pemikiran kreatif.
Aktiviti :
Program ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi bertempat di SK Budu. Program disertai oleh kira-kira 30 orang murid sekolah. Program dilaksanakan bertemakan kempen kesedaran tetapi diolah dalam bentuk permainan pendidikan. Murid-murid juga diuji kreativiti mereka dengan aktiviti mencipta gadget bertema ICT dan Klik Dengan Bijak. Selain itu, murid-murid juga diajak menjawab soalan kuiz secara spontan melalui permainan bola beracun.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 3 Oktober 2018 Masa : 11.00 pm - 12.00 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Kemahang |
Tujuan :
Memberi pendedahan dan kempen kesedaran kepada murid-murid tentang buli cyber dan maklumat palsu.Kelebihan dan kebaikan aktiviti ini ialah memberi pendedahan kepada murid-murid agar sentiasa berwaspada menggunakan internet. Murid-murid dapat mengetahui tentang keburukan dan kebaikan internet.
Aktiviti :
Taklimat Klik Dengan Bijak berlangsung selama 1 jam dengan dipenuhi slot tayangan video dan taklimat oleh petugas PI Budu. Murid-murid diberi penerangan tentang apa itu internet dan kesan-kesan buruk dan baik dalam penggunaan internet seharian. Disamping itu, murid-murid didedahkan juga dengan apa itu buli cyber dan maklumat palsu.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 23 September 2018 Siri 2 Masa : 9.00 pm - 1.00 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah (Lelaki) |
Tujuan :
Memberi pendedahan dan kemahiran berkaitan penggunaan emel, kelebihan, kekurangan serta kepentingannya kepada pelajar sekolah menengah. Disamping itu, ia bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang etika ketika menggunakan internet melalui kempen Klik Dengan Bijak. Bengkel ICT emel dan kepenggunaan ini memberi banyak kelebihan dan kebaikan kepada pelajar sekolah menengah. Ianya memberi pendedahan tentang emel dan cara menggunakannya serta dalam masa yang sama memberi pendedahan berkaitan etika dan tanggungjawab ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian kita. Disamping itu, aktiviti sebegini memberi nilai tambah baru kepada pelajar ketika di luar pembelajaran bilik darjah.
Aktiviti :
Bengkel ICT ini dimulakan dengan slot teori dimana pelajar-pelajar didedahkan dengan apa itu emel, kelebihan, kekurangan serta etika ketika menggunakan emel. Kemudian pelajar diberi masa rehat untuk minum pagi selama 15 minit. Dan bengkel bersambung dengan slot praktikal emel. Setiap peserta diajar cara-cara membuat akaun emel gmail dan menggunakan emel untuk kegunaan rasmi dan tidak rasmi. Contohnya menghantar dokumen dan emel rasmi serta chatting. Selepas itu, pelajar diberi penerangan berkaitan KDB dan slot tayangan video KDB. Bengkel diteruskan lagi dengan slot kahoot emel, dimana slot ini berbentuk kuiz online yang menguji tahap pemahaman berkenaan emel dan kepenggunaan. Bengkel bersambung dengan promosi Pusat Internet serta penerangan berkaitan aplikasi Dashboard Komuniti. Pelajar diberi masa untuk memuatnaik ucapan dan komen di dalam portal tersebut. Program berakhir pada pukul 1.00 pm dengan sesi bergambar dan penyampaian hadiah.
_______________________________________________________________________________________________________________________