Tarikh : 04 Februari 2019 Masa : 9.00 am - 2.00pm Lokasi : Kolam Takungan Air Bukit Raya, Kg.Beluan, Budu Peserta : Komuniti Kg.Budu |
Tujuan :
Mendapatkan bantuan kewangan dan sumbangan bagi menampung belanja proses pembaikan Kolam Takungan Air Bukit raya. Menyediakan kertas kerja bagi menaiktaraf kolam takungan serta saliran air bukit. Menjalinkan hubungan baik, dan kerjasama antara AJK Kolam Takungan Air Bukit, Pejabat Kesihatan Daerah Lipis dan Pusat Internet Kg. Budu.
Aktiviti :
Mesyuarat AJK Kolam takungan Air Bukit raya ini merupakan mesyuarat kali ke 4 untuk tahun 2019. Mensyaurat ini sebagai tinjauan Pertama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Lipis ke tapak Kolam Takungan bagi mengenalpasti punca masalah di kolam takungan dan untuk membincangkan cadagan –cadagan yang wajar untuk penambahbaikkan kolam dan system saliran tersebut. Pej Daerah Lipis dalam rangka untuk memberikan peruntukan untuk menambahbaik kolam dan system. Pejabat kesihatan menyarakan untuk AJK memohon juga peruntukan dari pihak-pihak berkuasa tempatan dan pusat serta agensi-agensi yang berminat memandangkan kolam takungan ini menyalurkan air bersih kepada lebih dari 30 buah akaun rumah termasuk satu surau.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 20 Januari 2019 Masa : 10.00 pm - 11.00pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Komuniti Kg.Budu |
Tujuan :
Kuiz kahoot diadakan sempena program Jom Sihat PI Kg.Budu. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi penekanan tentang amalan menjaga kesihatan. Selain itu,Pertandingan ini dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih dengan cara menjawab soalan-soalan.
Aktiviti :
Pertandingan ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul11 pagi. Pertandingan ini disertai oleh 15 orang pelajar sekolah.Sebelum pertandingan dimulakan petugas memberikan taklimat ringas tentang cara permaian. Mereka menggunakan komputer dan telefon untuk menjawab soalan kahoot ini. Jumlah soalan adalah sebanyak 15 soalan. Pemenang dikira markah(mata) yang paling tinggi.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 29 Disember 2018 Masa : 5.00 pm - 6.30pm Lokasi : Perkarangan Kedai Rakyat Kg.Budu Peserta : Komuniti Kg.Budu |
Tujuan :
Aktiviti dan majlis sebegini mampu memupuk nilai kerjasama di kalangan komuniti. Selain itu, majlis sebegini juga memberi peluang kepada PI Kg Budu untuk mempromosikan PI Kg Budu dan Dashboard Komuniti.Kedai Rakyat bakal dimasukkan ke dalam My Place dan produknya pula akan dimasukkan ke My Shop. Diharapkan dengan penubuhan Kedai Rakyat ini dapat memeriahkan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Kg. Budu.
Aktiviti :
Aktiviti bermula selepas Asar pada pukul 5.00 petang dengan kehadiran lebih 30 orang peserta, dimulakan dengan pembersihan kawasan Kedai rakyat, kerja-kerja menebang pokok, memesin rumput, membuang sampah dijalankan oleh Belia dan bapa-bapa, Kemudian, Barang-barang perniagaan dibawa masuk ke kedai dan ibu-ibu mengemas di bahagian dalam kedai. Selepas selesai kerja pembersihan para peserta dijamukan dengan jamuan oleh Puan Suhana Mohd Nadzir dan Pusat Internet Kg. Budu. Majlis berakhir pada pukul 6.30 petang.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 12 Januari 2019 Masa : 8.30 pm - 2.30pm Lokasi : Kolam Takungan Air Bukit Raya, Kg.Budu Peserta : Komuniti Kg.Budu |
Tujuan :
Aktiviti ini dilaksanakan adalah bertujuan membersihkan kawasan kolam takungan air yang tersumbat dengan pasir yang menyebabkan saluran air bersih ke rumah-rumah penduduk disini bermasalah. Selain itu,lokasi ini juga telah di plotkan kedalam my place sebagai satu tempat yang boleh dilawati untuk pengemar aktiviti lasak sebagai contoh jungle trekking yang mana kawasannya yang memang sesuai untuk trek pendakian.
Aktiviti :
Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 Pagi sehingga pukul 2.30 Petang.disertai oleh 12 orang penduduk sekitar kampung budu.dimulakan dengan membersih trekk laluan ke kolam takungan air dan seterusnya membersih kawsan kolam tersebut.Diakhir aktiviti ini penyampaian cenderamata kepada penduduk kampung yang menyertai gotong-royong ini.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 29 Disember 2018 Masa : 2.30 pm - 5.30pm Lokasi : Pusat Internet Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan :
- Memberi kesedaran tentang peenjagaan kesihatan dan pentingnya memgamalkan amalan hidup sihat. Mendedahkan peserta dengan alam perniagaan dan menggalakkan peserta untuk menggunakan My Shop sebagai medium untuk mencari produk yang dikehendaki.
Aktiviti :
Kelas Dashboard dijalankan pada pukul 2.30 petang setelah semua peserta sampai dan dimulai dengan pemeriksaan kesihatan oleh Penolong Pengurus, cik Nabilah bt Johari. Selepas pemeriksaan selesai, info kesihatan masing-masing dimuat naik ke dalam dashboard My Health dan Kemudian peserta di terangkan mengenai risiko-risiko penyakit, kesan negative pengambilan makanan lebih gula dan lemak, dan cara-cara menjalankan kehidupan yang sihat. Selepas rehat, peserta diterangkan pula mengenai My Shop, cara-cara memuat naik produk, cara mencari produk yng dikehendaki dan cara untuk membeli. Peserta juga digalakkan untk menceburi bidang perniagaan dan memberi semangat untuk mencari idea perniagaan masing-masing.
_______________________________________________________________________________________________________________________