Tarikh    : 22 Jun 2018

Masa     : 3.30 - 5.00 Petang

Lokasi   : PI Kg.Budu

Peserta : Pelajar Sek.Rendah

 

rsz_katt.jpg

Tujuan :

Mewujudkan suasana pembelajaran dalam cara yang berbeza melalui permaian secara interaktif ini. Selain itu,Pelajar dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab soalan atas talian dengan pantas dan kedudukan mata yang tertentu. Permaian atas talian yang menyeronokkan yang boleh disertai oleh ramai pelajar dalam masa yang sama. Mereka perlu bersaing untuk mendapatkan markah yang tinggi.

Aktiviti :

Kelas ini telah disertai oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini dilangsungkan selama 1 jam 30 minit bermula 3.30 petang hingga 5.00 petang. Kuiz merangkumi subjek-subjek yang mereka pelajari disekolah seperti Bahasa melayu,matematik dan sains.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 12 Jun 2018

Masa     : 3.30 - 5.00 Petang

Lokasi   : PI Kg.Budu

Peserta : Pelajar Sek.Rendah

 

rsz_sampul.jpg

Tujuan :

Melatih pelajar menjadi kreatif dan lebih mahir dalam kemahiran lain selain pembelajaran biasa di sekolah.tambahan lagi,pelajar boleh boleh pratikkan kemahiran ini dalam masa akan datang. Latihan penggunaan Ms Office Powerpoint ini memberi banyak ilmu baru kepada pelajar, ini kerana bukan sahaja digunakan untuk membuat slide sahaja malah digunakan untuk kemahiran yang lebih kreatif seperti membuat sampul duit raya.

 

Aktiviti :

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah dan dilaksanakan di Pi Kg Budu.  Kelas berlangsung pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Kelas bermula dengan taklimat oleh petugas Pi Kg Budu dan seterusnya pelajar diajar untuk melakar bentuk dan menyiapkan sampul duit raya  sehingga pukul 5.00 petang.

 

Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 04 Mei 2018

Masa     : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : PI Kg.Budu

Peserta : Pelajar Sek.Rendah

 

kahoot.jpg

 

Tujuan :

Mewujudkan suasana pembelajaran dalam cara yang berbeza melalui permaian secara interaktif ini. Selain itu,Pelajar dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab soalan atas talian dengan pantas dan kedudukan mata yang tertentu. Kahoot juga mampu mewujudkan suasana Permaian pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka.

 

Aktiviti :

Kelas Kahoot ini telah disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini dilangsungkan selama 2 jam bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang. Menjawab kuiz tentang subjek Bahasa melayu,sejarah dan kuiz ujiminda.

 

Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 06 Mei 2018

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Dewan Indera Gajah Kg.Budu

Peserta : Komuniti Kg.budu

 

aadk.jpg

Tujuan :

Memberi kesedaran tentang keperluan memperkasakan komuniti dalam melahirkan masyarakat yang bangkit menentang ancaman dadah. Selain itu, peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul secara bersama bagi memastikan komuniti selamat dan bebas daripada permasalahan dadah.

Aktiviti :

Program ini telah dihadiri oleh 60 orang komuniti sekitar Kampung Budu. Program ini bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.Berlangsung di Dewan Indera Gajah Budu, Benta Pahang. Taklimat tentang peranan masyarakat dan komuniti dalam membanteras permasalahan dadah ini oleh YBhg. Dato’ Dr Abd Halim Bin Mohd Hussin Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ucapan Perasmian oleh YB.Dato’ Haji Ir. Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak.

 

Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 04 - 05 April 2018

Masa     : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : PI Kg.Budu

Peserta : Guru-guru Dun Benta

 

KPG 2.jpg

 

Tujuan :

Memberi maklumat kesedaran  berkaitan KDB kepada kakitangan kerajaan di bawah Pusat Kegiatan Guru (PKG) Benta. 

Aktiviti :

Program ini telah dihadiri oleh 12 orang guru bagi satu sesi, dan dilaksanakan di Pi Kg Budu.  Program berlangsung pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Program bermula dengan taklimat KDB dan tayangan video oleh petugas Pi Kg Budu dan seterusnya para guru melayari laman web e-frog sehingga pukul 5.00 petang.

 

Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________________________________________