Tarikh : 22 September 2018 Masa : 9.00 pm - 1.00 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah (Perempuan) |
Tujuan :
Memberi pendedahan dan kemahiran berkaitan penggunaan emel, kelebihan, kekurangan serta kepentingannya kepada pelajar sekolah menengah. Disamping itu, ia bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang etika ketika menggunakan internet melalui kempen Klik Dengan Bijak. Bengkel ICT emel dan kepenggunaan ini memberi banyak kelebihan dan kebaikan kepada pelajar sekolah menengah. Ianya memberi pendedahan tentang emel dan cara menggunakannya serta dalam masa yang sama memberi pendedahan berkaitan etika dan tanggungjawab ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian kita. Disamping itu, aktiviti sebegini memberi nilai tambah baru kepada pelajar ketika di luar pembelajaran bilik darjah.
Aktiviti :
Bengkel ICT ini dimulakan dengan slot teori dimana pelajar-pelajar didedahkan dengan apa itu emel, kelebihan, kekurangan serta etika ketika menggunakan emel. Kemudian pelajar diberi masa rehat untuk minum pagi selama 15 minit. Dan bengkel bersambung dengan slot praktikal emel. Setiap peserta diajar cara-cara membuat akaun emel gmail dan menggunakan emel untuk kegunaan rasmi dan tidak rasmi. Contohnya menghantar dokumen dan emel rasmi serta chatting. Selepas itu, pelajar diberi penerangan berkaitan KDB dan slot tayangan video KDB. Bengkel diteruskan lagi dengan slot kahoot emel, dimana slot ini berbentuk kuiz online yang menguji tahap pemahaman berkenaan emel dan kepenggunaan. Bengkel bersambung dengan promosi Pusat Internet serta penerangan berkaitan aplikasi Dashboard Komuniti. Pelajar diberi masa untuk memuatnaik ucapan dan komen di dalam portal tersebut. Program berakhir pada pukul 1.00 pm dengan sesi bergambar dan penyampaian hadiah.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 29 Ogos 2018 Masa : 9.00 am - 12.00 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Murid Pra Sekolah |
Tujuan :
Meningkatkan semangat kemerdekaan dan rasa sayangi negara di kalangan kanak-kanak sekolah disamping mengingatkan mereka tentang sejarah kemerdekaan negara. Program sebegini mampu memupuk semangat kemerdekaan dan cintakan negara di dalam diri kanak-kanak sejak kecil lagi. Disampng itu, aktiviti yang diadakan dengan menggunakan komputer mampu melatih mereka kemahiran penggunaan komputer dan dalam masa yang sama juga memberi mereka keseronokan dalam belajar.
Aktiviti :
Program berlangsung selama tiga jam melibatkan aktiviti penggunaan MS Office Word, E-Learning dan Penggunaan Internet. Aktiviti bermula dengan murid-murid membuat bendera Malaysia menggunakan MS Office Word serta penerangan maksud warna-warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia. Kemudian murid-murid rehat seketika. Aktiviti bersambung dengan mengenal binatang serta sebutan di dalam Bahasa Inggeris. Murid-murid juga diberikan masa bermain permainan mengenal binatang menggunakan komputer. Aktiviti terakhir ialah penggunaan Youtube, dimana murid-murid ditayangkan dengan video dan lagu kemerdekaan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 20 Julai 2018 Masa : 3.30 - 5.00 Petang Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan :
Pertandingan Kuiz Advokasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli PI mengenai kebaikan dan keburukan dunia teknologi tanpa sempadan. Pertandingan ini, ianya sekaligus dapat memberi kesedaran kepada pengguna mengenai penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti :
Soalan kuiz yang diberikan adalah berdasarkan Klik dengan Bijak dan Merangkumi Jaringan internet. Pelajar perlu menjawab 3 jenis soalan iaitu wordsearch,susun semula ayat dan teka silang kata. Masa yang diberikan adalah selama 1 jam setengah. Pertandingan ini disertai oleh 8 orang pelajar sekolah. Pertandingan ini diakhiri oleh penyampaian hadiah kepada pemenang. Pentandingan ini dapat memupuk semangat berdaya saing secara sihat. Malah dapat menambahkan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan meningkatkan kesedaran menggunakan internet secara beretika dan berkhemah.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 18 Ogos 2018 Masa : 3.00 pm - 5.50 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan :
Sempena bulan kemerdekaan ini pusat internet kampung budu telah mengadakan pertandingan sempena Hari Merdeka kepada pelajar bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya dalam menyambut hari yg bersejarah ini dan meningkatkan lagi semangat cinta kepada negara. Sambutan Hari Kemerdekaan ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar dan dapat menanam sikap cinta akan negara pada setiap masa. Kelas ini dimulakan dengan menonton tayangan video Merdeka. Seterusnya, diadakan pertandingan slogan Hari Kemerdekaan,mereka perlu mencipta slogan “Saya Sayang Malaysia Kerana”. Kemudiaan diteruskan dengan pertandingan puzzle online yang bertemakan kemerdekaan. Akhirnya, penyampaian hadian kepada pemenang.
Aktiviti :
Pertandingan sempena hari kemerdekaan ini disertai oleh 10 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.pertandingan ini bermula pada 3.00 hingga 5.30 petang. Majlis dimulakan dengan tayangan video merdeka dan pertandingan yang bertemakan kemerdekaan. Seterusnya,diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 21 Julai 2018 Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan :
Kelas Dashboard Komuniti dilaksanakan untuk mengalakkan ahli menggunakan aplikasi dashboard ini. Selain itu,dengan menjawab kuiz dashboarad, ahli layak memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan. Pendedahan Aplikasi Dashboard ini adalah untuk menambah pengetahuan dan ianya satu capaian yang menyediakan kemudahan dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan, kerohanian dan pentadbiran.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan untuk menggunakan aplikasi Dashboard ini. Seterusnya pelajar memuat naik pemberitahuan di ruang My komuniti. Setelah selesai pelajar menjawab kuiz dashboard my health. Soalan terdiri daripada aspek2 kesihatan dan berkaitan dengan alat ihealth. Pelajar perlu menjawab 5 soalan,dan perlu menunggu soalan yang seterusnya.
_______________________________________________________________________________________________________________________