KEUSAHAWANAN

Nama: Adillah Fatihah

Umur: 28 Tahun

Usahawan: Barangan Keperluan Rumah

 

dila.jpg

Latar belakang

Puan Adilah Fatihah binti Azmi berasal dari Kecau Tui, Kuala Lipis, merupakan surirumah sepenuh masa,Walaubagaimanapun minatnya di dalam perniagaan amat tinggi. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan peralatan rumah sejak tahun 2015, bermula dengan menjadi ‘dropship’ semakin hari semakin berkembang dan sekarang sudah menjadi ejen dengan stok yang banyak. Dari kecil-kecilan sekarang semakin membanggakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan kepada kawan-kawan sekampung sahaja dan jualan hanyalah untuk pasaran setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mempromosikan perniagaannya di Page-page FB, dan mula melakukan promosi melalui video-video dan gambar-gambar yang disunting untuk menarik minat penonton. Di PI kg Budu juga beliau mempelajari cara menggunakan youtube monetization sebagai cabang baru dalam perniagaannya. Beliau juga memasarkan barangan melaui Whatsapp. Beliau sering ke Pusat Internet untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan Online dan juga untuk menguruskan dokumen untuk urusan jual beli online

 

______________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Siti Zuhaida Binti Habla

Umur: 33 Tahun

Usahawan: Perniagaan Barangan Kecantikan

 

cik__1562467638_89539.jpg

Latar belakang

Cik Siti Zuhaida merupakan siswazah Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari  UiTM dan bekerja dalam bidang perbankan berasal dari kg Jenud. Walaubagaimanapun minatnya di dalam perniagaan amat tinggi. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan jenama Sobella bermula tahun 2016, bermula dengan menjadi ‘dropship’ sekarang sudah meningkat menjadi ejen. Dari kecil-kecilan sekarang semakin membanggakan.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan kepada kawan-kawan sekerja sahaja dan jualan hanyalah untuk pasaran setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan kepada kawan-kawan sekerja sahaja dan jualan hanyalah untuk pasaran setempat sahaja.

______________________________________________________________________________________

CELIK IT 

Nama: Abdul Razak Bin Seman

Umur: 49 Tahun

Celik IT: Belajar Internet dan Menaip 

 

 razak__1562469537_79131.jpg

 

Latar belakang

En.Abdul Razak adalah salah seorang kakitangan di Pejabat Tanah Daerah Lipis sebagai pekerja am. Beliau tinggal di kg.budu berdekatan dengan pusat internet kg.budu. oleh demikian,beliau sering ke pusat internet untuk belajar komputer. Dan beliau sentiasa mengikuti kursus yang dianjurkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

En. Abdul Razak  pada awalnya boleh dikatakan tidak mahir menggunakan komputer.disebabkan kerjanya tidak melibatkan bidang It jadi beliau tidak berkeperluaan untuk menggunakan komputer. Beliau sentiasa dibantu oleh anaknya jika melibatkan penggunaan komputer.Oleh demikian Beliau sering datang ke pusat internet untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu Beliau telah mahir menggunakan komputer terutamannya dalam penggunaan Microsoft office. Selain itu,beliau juga terlibat dalam kursus yang dianjurkan oleh pusat internet  seperti kursus keselamatan komputer,kelas Microsoft office dan lain-lain. Oleh demikian, menjadikan beliau lebih mahir dalam penggunaan internet dan telah pandai untuk memuat turun maklumat dari internet.

KEUSAHAWANAN

Nama: Zulkhairi bin Mukhtar

Umur: 26 Tahun

Usahawan: Peniagaan Makanan

 

heri.jpg

Latar belakang

En Zulkhairi merupakan belia berkelulusan Diploma Kejuruteraan Makanikal (pembuatan) dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang merupakan anak jati Kg Budu. Meminati bidang perniagaan masakan sejak kecil kerana ibu beliau juga merupakan Usahawan di dalam bidang makanan Tradisional. Memulakan perniagaan sejak tahun 2015 dengan menggunakan kemah kecil dan sekarang sudah mampu menggunakan kanopi besar dan berjaya membeli sebuah Van untuk kegunaan perniagaannyaa. Perniagaan makanan Tradisionalnya juga mula berkembang sejak tahun 2019 dan memasuki pasaran pasar raya dan online. Disamping itu beliau juga menjalankan perniagaan Pembersihan kawasan dan dalam bangunan dan merupakan syarikat yang berdaftar dengan e-perolehan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan hanyalah untuk pasaran setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk mendapat tunjukajar mengenai perniagaan dan promosi di atas talian, kini beliau telah mara setapak dengan mempromosikan perniagaannya di Page-page FB, mempunyai E-perolehan dan memasarkan produk di Lazada juga Shopee

______________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Nurul Syuhada bt M Hasbullah

Umur: 15 Tahun

Usahawan: Menyediakan servis ‘Birthday surprise’, servis ‘Delivery Bouquet’, Servis ‘Deco Party’

 

 syu.jpg

Latar belakang

Cik Nurul Syuhada merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Panglima Garang Abdul Samad. Beliau yang berketurunan darah Cik Siti Wan Kembang ini meminati bidang perniagaan sejak kecil, berkat dorongan dari ibu bapanya beliau yang sebelum ini hanya menjalankan perniagaan menggunakan kaedah promosi mulut ke mulut telah datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk meminta tunjuk ajar bagi meningkatkan jualan serta menggandakan promosi produk beliau di kawasan mukim Budu dan sekitarnya. Walaupun masih bersekolah, beliau sangat dedikasi dalam perniagaan sungguhpun begitu, persekolahan dan pembelajaran di sekolah tetap beliau dahulukan.

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, tetapi amat sukar mendapatkan pelanggan memadangkan beliau dan keluarga baru berpindah ke mukim ini dan tidak mempunyai ramai kenalan di sini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas beliau dan ibu datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk mendapat tunjukajar mengenai perniagaan dan promosi di atas talian, Jualan dan permintaan ke atas produknya juga meningkat dari jauh dan dekat, Beliau juga memenangi Pertandingan ‘Mengupload produk terbanyak ke My Shop Dashboard’ sempena program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kg Budu 2018 yang lepas.Beliau sudah mempromosikan lebih 67 produk jualan di My shop dashboard. Pusat Internet Kg Budu amat berbangga kerana dapat membantu seorang usahawan muda yang sangat komited untuk berjaya.

______________________________________________________________________________________