KEUSAHAWANAN

Nama: Muhammad Luqman Hakim Bin Haimi

Umur: 18 Tahun

Usahawan: Gerai Makanan & Minuman

 

 luqman__1562469725_31140.jpg

Latar belakang

Muhammad Luqman adalah pelajar lepasan SPM 2018. Beliau sedang menjalankan perniagaan gerai makanan seperti Burger,ABC,Minuman perisa dan makanan ringan sementara menunggu keputusan SPM. Gerai Makanan dan Minuman ini terletak berhampiran SMK.Panglima Garang Abdul Samad. Peniagaannya dibantu oleh rakan-rakannya. Beliau juga sering datang ke pusat internet untuk belajar komputer dan meminta bantuan tunjuk ajar dari petugas PI untuk memulakan dan menguruskan peniagaannya itu.Selain hebahan melalui orang kampung, beliau juga telah menggunakan platform laman sosial dan dashboard Pusat Internet untuk hebahan kepada orang ramai.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum beliau datang ke PI peniagaan makanan dan minuman diketahui oleh orang yang berdekatan sahaja. Oleh itu, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg  Budu seperti kelas latihan kemahiran peniagaan dan atas usaha gigih mempromosikan perusahan beliau, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 sebulan.

 

______________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Roslina Bt Ahmad Mahidin

Umur: 54 Tahun

Usahawan:  Peniagaan Dodol Gula Kabung, Sambal Hitam

 

rsz_nie.jpg

Latar belakang

Puan Roslina adalah seorang pengusaha kantin sekolah benta. Disamping itu,beliau juga membuat peniagaan dodol gula kabung dan sambal hitam.sebelum ini beliau telah membuka kedai berhampiran masjid kampung budu yang mana beliau menjual makanan pagi dan tengahari. Oleh kerana beliau ingin memberi sepenuh perhatian kepada pengusahaan kantin beliau telah menutup sementara kedainya.selain itu,beliau juga sering ke PI untuk mempelajari bagaimana untuk meningkatkan cara berniaga dan beliau juga selalu mengikuti program di PI ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau datang ke PI produk dodol dan sambal hitam hanya dijual disekitar kawasan yang berdekatan sahaja. Oleh itu, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 ke  30 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg  Budu, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk-produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 sebulan.

______________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Noor Hanizza Binti Ibrahim

Umur: 36 Tahun

Usahawan: Kek dan Aiskrim Malaysia

 

Latar belakang

Puan Noor Hanizza pada awalnya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.  Kini dia telah menjadi seorang pengusaha pelbagai jenis kek dan Aiskrim Malaysia.  Beliau menjual dan menerima tempahan kek dan Aiskrim Malaysia di Kg Budu dan sekitar.  Mula melakukan aktiviti jualan ini sejak dua tahun yang lalu (2016) sebagai sumber pendapatan.  Beliau juga turut menjual kek dan aiskrim di sekolah anak-anaknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum memulakan perusahaan ini, Puan Noor Hanizza tidak mempunyai apa-apa pendapatan sampingan lain. Jumlah produk/ pelanggan bulanan juga tiada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg  Budu, beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat mempromosikan kek dan aiskrim beliau. Selain itu, beliau juga telah mahir menggunakan online shoping, dan telah berjaya membuat pembelian barang-barangan seperti peti sejuk beku, pemutar kek dan pelbagai alatan lain lagi.  Pelanggan beliau dari seluruh daerah yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.

mokde.png

___________________________________________________________________________________

CELIK IT 

Nama: Nurmaszieha Binti Zulkafli

Umur: 22 Tahun

Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet 

Latar belakang

Nurmaszieha merupakan seorang lepasan sekolah menengah dan bekerja sebagai pembantu kedai di pecan Benta.  Seorang yang gigih dan tidak pernah putus asa.  Sering berkunjung je PI Budu untuk belajar komputer bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurmaszieha pada awalnya boleh dikatakan tidak berapa mahir menggunakan komputer.  Beliau hanya menggunakan MS Office dan internet secara asas sahaja.  Beliau sering mengunjungi PI untuk menggunakan komputer terutamanya bagi membuat resume dan membuat permohonan kerja.  Setiap kali beliau hadir ke PI, pasti beliau akan meminta bantuan petugas untuk mengajarnya.  Jadi, petugas PI Budu telah membuat jadual untuk beliau menghadiri kelas latihan kemahiran ICT di sini.   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu, Maszieha kini telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet.  Beliau telah mahir dalam penggunaan Ms Office dan boleh menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mencari maklumat-maklumat baru.  Selain itu, Maszieha juga telah mahir menggunakan website permohonan kerja seperti spa.gov.my, spapahang, jobsmalaysia dan pelbagai website lain lagi.  Kini, Maszieha telah berjaya mendapat pekerjaan baharu.  Beliau kini telah menjadi seorang kerani di Caltex.

ZIEHA.jpg

_______________________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Diana Binti Tajudin

Umur: 34 Tahun

Usahawan: Pengusaha Dadih Fruity

Latar belakang

Puan Diana pada awalnya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.  Setelah suaminya berhenti kerja di sebuah syarikat perlombongan, beliau telah mengambil inisiatif untuk mencari pendapatan sendiri bagi membantu keluarga.  Dengan idea dan dorongan suami, Puan Diana telah mengambil keputusan untuk membuat Dadih Fruity dan menjualnya sendiri di sekitar kampung dan kawasan sekitar.  Kini dia telah menjadi seorang peniaga.  Beliau menjual dan menerima tempahan Dadih fruity di Mukim  Budu dan sekitar.  Mula melakukan aktiviti jualan ini sejak sebulan yang lalu dan berhasrat meningkatkan lagi penjualan Dadih Fruity beliau ke kawasan luar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum memulakan perniagaan ini, Puan Diana tidak mempunyai apa-apa pendapatan sampingan lain. Jumlah produk/ pelanggan bulanan juga tiada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg  Budu, beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat mempromosikan Dadih Fruity beliau. Selain itu,beliau juga telah mahir menggunakan Ms Office Word, Ms Office Power Point dan Ms Office Excel.  Beliau mampu membuat flyers dan tagging jualan beliau sediri.  Penggunaan internet seperti google menjadikan beliau lebih kreatif, dimana beliau dapat mencari idea dan melihat contoh-contoh di carian google untuk mengembangkan lagi perniagaan.  Pelanggan beliau sekitar Mukim Budu telah bertambah dan yang mana pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM200.

kak.jpg

______________________________________________________________________________________