KEUSAHAWANAN

Nama: Noraznita Mokhtar Rudin

Umur: 36 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan Berger dan Ayam goreng di Bandar Benta dan secara atas talian

 

kak nita.jpg

Latar belakang

Puan Noraznita berasal dari Perak dan menetap di Kg Budu kerana mengikut suaminya bekerja di sini. Beliau memulakan perniagaan sejak beberapa tahun yang lalu. Bermula dengan menggunakan kereta untuk berniaga, sehingga perniagaan semakin maju dan membolehkan Puan Noraznita bertukar kepada Van. Waktu perniagaannya bermula selepas Maghrib sehingga pukul 11 malam. Produk perniagaannya ialah Berger dan ayam goreng. Bermula tahun 2020 Puan Noraznita mengorak langkah dengan memasarkan produknya melalui platform atas talian seperti Facebook dan Whatsapp.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau berniaga secara langsung dan pelanggan yang datang adalah secara walkin sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan penglibatan ICT dan galakkan usahawan Komuniti PI Puan Noraznita memberanikan diri untuk memuat naik menu dan promosi terkini kedainya melalui Facebook dan Whatsapp. Sekarang Puan Noraznita telah menjinakkan diri menjadi dropship produk atas talian dengan produk Tudung.

_______________________________________________________________________________________________________________________

CELIK IT 

Nama: Maaz Naeem bin Mohd Fairdaus

Umur: 8 Tahun

Celik IT: Belajar Microsoft Office & Melayari Internet

 

maaz 1.jpg

Latar belakang

Maaz Neem merupakan pelajar tahun 2 di SK Budu, beliau mula berdaftar dengan Pusat Internet Kg Budu pada tahun 2018. Beliau merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Beliau meminati subjek Sains dan Matematik. Beliau selalu datang ke Pusat internet Kg Budu untuk dan meminta dengan petugas untuk menjawab kuiz online seperti Kahoot.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau tidak pandai menggunakan PC terutamanya menggunakan mouse dan keyboard. Beliau hanya menggunakan telefon bimbit ibubapa sahaja untuk menonton youtube.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau mengenali Pusat Internet, beliau diajar menggunakan perkakasan PC dan beliau sudah mahir menggunakan mouse dan keyboard. Beliau juga diajar mencari maklumat dari internet dan sekarang sudah mahir mencari maksud-maksud perkataan Bahasa Inggeris yang diterjemah ke Bahasa Melayu. Beliau berupaya menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris dengan bantuan kamus Online. Beliau juga mahir mencari video dari Youtube untuk pembelajaran dan hiburan. Beliau juga sudah mahir menggunakan aplikasi Whatsapp bagi memudahkan dia berhubung dengan ibubapanya.

 

KEUSAHAWANAN

Nama: Suhana binti Mohd Nadzir

Umur: 39 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan kuih muih tradisional,Gerai makanan bermasak Islam dan menyediakan perkhidmatan Katering

 

MIO.jpg

Latar belakang

Puan Suhana merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia merupakan anak ke 5 dari 7 adik-beradik. Beliau merupakan anak jati Kg Budu, Pada awalnya beliau bekerja di sektor swasta di Kuala Lumpur dan mengambil keputusan untuk menjaga ibunya di kampung pada tahun 2010. Beliau meneruskan perniagaan ibunya iaitu perniagaan Kuih Tradisional di Pekan Sari Benta. Kini perniagaannya semakin berkembang berkat penglibatannya dengan komuniti dan Pusat Internet. Beliau maju setapak dengan membuka Kedai Makan di Kedai Rakyat Kg Budu bermula tahun 2019 dan menggunakan Media Internet untuk mempromosikan produk melalui platform Whatsapp dan Facebook.Beliau pernah terpilih untuk mempersembahkan masakan tradisional lemang kepada Tengku Mahkota Pahang pada tahun 2019 dan juga pernah mendemo masakan Lemang untuk rancangan televisyen NONA. Kejayaannya amat membanggakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau berniaga secara kecik-kecilan di Pekan Sari dan mengambil tempahan melalui panggilan telefon.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan penglibatan ICT dan galakkan usahawan Komuniti PI Puan Suhana memberanikan diri untuk membuka kedai makan sendiri dan sentiasa memuat naik menu dan promosi terkini kedainya melalui Facebook dan Whatsapp.

 

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Siti Zawani Binti Muhd Noor

Umur: 32 Tahun

Usahawan: Menjalankan perniagaan dan perusahaan gula kabung

 

 

ds.jpg

Latar belakang

Puan Zawani merupakan anak kehaliran Negeri Kelantan berhijrah ke Kg Budu mengikut suaminya. Di sini mereka berdua menjalankan perusahaan membuat Gula Kabung secara tradisional. Gula kabung merupakan makanan istimewa rakyat Negeri Pahang dan menjadi symbol kepada Mukim Budu sebagai satu Mukim yang menghasilkan Gula Kabung yang berkualiti dan Puan Zawani adalah salah seorang daripadanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau menggunakan kaedah promosi dari mulut ke mulut, jualan di kedai-kedai kampung sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau datang ke Pusat Internet Kg Budu untuk mendapat tunjukajar mengenai perniagaan dan promosi di atas talian, kini beliau telah mara setapak dengan mempromosikan perniagaannya di FB, MyShop dan Whatsapp

.

 

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

CELIK IT 

Nama: Samsulzariman Bin Abu Bakar

Umur: 47 Tahun

Celik IT: Belajar Internet dan Menaip 

 

 WhatsApp Image 2020-03-29 at 11.32.43 AM (2).jpeg

Latar belakang

En.Samsulzariman adalah salah seorang kakitangan di Pejabat Tanah Daerah Lipis sebagai pekerja Am.Beliau sering ke pusat internet untuk belajar komputer. Dan beliau sentiasa mengikuti kursus yang telah dianjurkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

En.Samsulzariman pada awalnya boleh dikatakan tidak mahir menggunakan komputer.disebabkan kerjanya tidak melibatkan bidang It jadi beliau tidak berkeperluaan untuk menggunakan komputer. Oleh demikian Beliau sering datang ke pusat internet untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui Kursus latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu Beliau telah mahir menggunakan komputer terutamannya dalam penggunaan Microsoft office. Selain itu,beliau juga terlibat dalam kursus yang dianjurkan oleh pusat internet  seperti kursus keselamatan komputer,kelas Microsoft office dan lain-lain. Oleh demikian, menjadikan beliau lebih mahir dalam penggunaan dalam carian internet juga.