CELIK IT 

Nama: Munisah Binti Md.Isa

Umur: 51 Tahun

Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet 

 

Latar belakang

Puan Munisah bekerja di Mahkamah Majistret Raub. Sebelum ini kerja beliau tidaklah menjurus kepada penggunaan komputer, namun pada masa kini beliau terpaksa membuat kerja yang melibatkan penggunaan komputer. Kerana tidak mahir dalam penggunaan komputer, beliau dan rakan-rakan telah mengikuti kursus-kursus komputer yang dilaksanakan di Pi Kg Budu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Munisah pada awalnya hanya tahu asas penggunakan komputer sahaja dan tidak pernah belajar komputer sebelum ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Budu, Puan Munisah kini telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet.  Beliau telah mahir dalam penggunaan Ms Office dan boleh menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mencari maklumat-maklumat baru. Selepas dari penjalani latihan komputer beliau telah mudah untuk membuat kerja-kerja yang melibatkan penggunaan komputer di pejabat.

_rsz_munisah.jpg______________________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Puan Nik Nazura Nik Min

Umur: 35 Tahun

Usahawan: Peniaga Kuih Muih

 

Latar belakang

Puan Nik Nazura ialah peniaga makanan di Pasar Pagi Benta. Beliau telah mula berniaga dari tahun 2015 dan sampai sekarang peniagaannya diteruskan. Beliau mula datang ke Pi1m pada tahun 2017 untuk belajar cara untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM650 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 ke 40 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg  Budu, beliau kini telah pandai untuk menggunakan internet sebagai platom untuk mempromosikan lagi jualan kuih muih beliau. Kini pendapatan tetap beliau telah mencecah RM900 sebulan.

rsz_nik.jpg

__________________________________________________________________________________________

CELIK IT 

Nama: Aiman Hakim Bin Shamsudin

Umur: 15 Tahun

Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet 

 

Latar belakang

Aiman Hakim Bin Shamsudin merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sek Men Keb Panglima Garang Abdul Samad.  Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga dan sukakan dunia IT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aiman Hakim pada awalnya boleh dikatakan tidak berapa mahir menggunakan komputer.  Beliau hanya menggunakan MS Office dan internet secara asas sahaja.  Beliau sering mengunjungi Pi1M untuk menggunakan komputer di waktu senggang terutamanya pada hari cuti sekolah.  Petugas Pi Budu kemudiannya mengajak beliau untuk menyertai kelas latihan yang dilaksanakan bagi menambahkan lagi kemahiran ICT beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu, Aiman kini telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet.  Beliau telah mahir dalam penggunaan Ms Office dan boleh menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mencari maklumat-maklumat baru.  Selain itu, Aiman Hakim juga mampu menggunakan pelbagai laman web untuk keperluan sosial seperti Lazada.com dan Shopee.com.  Tidak ketinggalan juga, Aiman mampu menggunakan perisian-perisian komputer yang boleh di muat turun dari internet untuk keperluan pembelajarannya.

 

 

___________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Khairiah Binti Ibrahim

Umur: 33 Tahun

Usahawan: Produk Kesihatan

 

Latar belakang

Cik Khairiah merupakan Penyelia Pusat Sumber KEMAS di Kg.budu dan beliau aktif dalam menjual produk-produk kesihatan,sebagai pendapatan sampingan beliau, dengan kemahiran yang beliau ada beliau telah membuat keputusan untuk menjalankan peniagaannya sejak tahun 2016. Cik Khairiah sering datang ke pusat internet untuk belajar mempromosikan produknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 10 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan sebagainya. Serta,menjadikan media sosial ini sebagai perantara untuk terus berhubung dengan pelanggan dan menjual barangan secara atas talian. Promosi barangan jualannya dapat diluaskan ke kawasan luar. Hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM400 sebulan. Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini. Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya.

rsz_1rsz_kak_khariah.jpg

__________________________________________________________________________________________

KEUSAHAWANAN

Nama: Norhazliyani Binti Husin

Umur: 23 Tahun

Usahawan: Tudung Atas Talian


 

Latar belakang

Norhazliyani merupakan seorang beliawanis yang mencari pekerjaan tetap tetapi masih belum menerima sebarang tawaran.  Jadi, beliau telah mengambil langkah untuk berjinak dengan dunia perniagaan.  Akibat kekangan modal, beliau telah melaksanakan jualan secara dropship.  Dari situ, beliau memperoleh pendapatan sampingan secara kecil-kecilan.  Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak Sept 2017 dan mensasarkan pelanggan di atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM150 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 20 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan dropship.  Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan page.  Promosi jualannya dapat diluaskan dan ditingkatkan lagi dengan menggunakan media social yang ada pada masa kini.  Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM250 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini, contohnya dalam membuat kira-kira pendapatan, bahan promosi dan sebagainya. 

 

 

_____________________________________________________________________________________________