KEUSAHAWANAN

Nama: Nora Suhaida Azlin Bin Mohamad

Umur: 41 Tahun

Usahawan: Menjual barangan kemas secara online dan offline.

 

Latar belakang

Puan Nora Suhaida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan membuat jualan barangan kemas secara atas talian dan bayaran ansuran.  Beliau juga melaksanakan jualan secara dropship kepada pelanggan. Target pelanggannya adalah di sekitar kampung, mukim Budu dan kenalan.  Mula membuat perusahaan ini sejak tahun 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 20 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan beliau.  Beliau juga telah menggunakan portal Dashboard My Shop sebagai salah satu medan untuk mempromosikan produk jualannya. 

Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, Instagram dan sebagainya dan menjadikan media sosial ini sebagai perantara untuk terus berhubung dengan pelanggan dan menjual barangan secara atas talian.  Promosi barangan jualannya dapat diluaskan ke kawasan luar.  Hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM700 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini.  Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya. 

knora.jpg

 

_____________________________________________________________________________________________

 

KEUSAHAWANAN

Nama: Haji Azahari Bin Sabudin

Umur: 65 Tahun

Usahawan: Jualan Sambal hitam,Lemang & Dodol

 

Latar belakang

 

Haji Azahari merupakan seorang pesara polis dan merupakan pengusaha makanan setempat iaitu dodol gula kabung, sambal belimbing hitam dan lemang di rumah beliau.  Juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis keraian.  Produknya dijual di sekitar kampung, mukim Budu dan sekitar pekan Benta.  Mula membuat perusahaan ini sejak tahun 1997 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan beliau.  Beliau juga telah menggunakan portal Dashboard My Shop sebagai salah satu medan untuk mempromosikan produk jualannya. 

Beliau kini lebih mahir menggunakan komputer dan internet.  Promosi barangan jualannya dapat diluaskan ke kawasan luar dan menerima banyak tempahan terutamanya di bulan puasa dan musim perayaan serta musim kenduri kendara.  Beliau juga sering dijemput untuk menyertai pertandingan masakan sebagai wakil penduduk Kg Budu dan juga sering dijemput untuk membuat demo masakan tempatan.  Saban hari produk jualannya semakin dikenali dan hasil jualannya turut meningkat. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM1000 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perusahaan ini.  Contohnya untuk membuat browser, flyers, dan sebagainya. 

 

_____________________________________________________________________________________________

 

KEUSAHAWANAN

Nama: Nur Ummirah Binti Abd Aziz

Umur: 18 Tahun

Usahawan: Jualan dropship dan jualan pakaian (tudung, baju tshirt, skirt dan seluar) secara   kecilkecilan di sekolah dan kawasan sekitar.

 

Latar belakang

Nur Ummirah merupakan pelajar sekolah menengah di SMKPGAS dan telah membuat jualan secara kecil-kecilan berbentuk dropship dan juga mengambil upah menjual secara kecil-kecilan. Dia telah menjual pakaian seperti tudung, skirt, baju tshirt dan seluar mengikut permintaan terutamanya pakaian untuk remaja. Target utama adalah kepada rakan-rakan di sekolah dan asrama.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM150 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan pakaian secara kecil-kecilan itu. Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan page. Promosi jualannya dapat diluaskan ke kawasan luar dan sekitar kampung serta menerima banyak permintaan terutamanya di kalangan pelajar sekolah.. Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM250 sebulan. Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan ini, contohnya dalam membuat kira-kira pendapatan, bahan promosi dan sebagainya.

 

____________________________________________________________________________________

 

CELIK IT 

Nama: Muhammad Shaffie Bin Roslizan

Umur: 18 Tahun

Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet 

 

Latar belakang

Nama beliau ialah Muhammad Syaffie Bin Roslizan.  Berumur 17 tahun dan merupakan pelajar SMK Panglima Garang Abdul Samad.  Kini beliau telah berjaya melanjutkan pengajian ke tahap Diploma dalam bidang perakaunan di UITM Jengka, Pahang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Syaffie pada awalnya hanya mengunjungi Pi untuk menggunaakan perkhidmatan fotostat dan print setiap kali mempunyai kerja sekolah.  Kemudian beliau meminjam netbook untuk membuat kerja sekolah di rumah.  Lama kelamaan beliau sering hadir ke Pi Kg Budu untuk menggunakan internet kerana capaian internet di sini lebih tinggi.  Setelah dari itu, rutin harian beliau adalah mengunjungi Pi Kg Budu, belajar komputer dan sering bertanya pelbagai penyelesaian masalah berkaitan penggunaan internet.  Sehinggalah beliau belajar menggunakan internet untuk belajar dan mengulangkaji matapelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas belajar kemahiran penggunaan komputer di Pi Kg Budu, Muhammad Syaffie banyak meluangkan masa belajar dengan menggunakan internet.  Beliau semakin mahir dan banyak memperoleh maklumat yang sebelum ini amat terhad dan kebanyakannya hanya diperoleh dari guru-guru di sekolah.  Banyak soalan-soalan ulangkaji diperoleh dan banyak info-info dan tips dapat dipelajari.  Memandangkan Syaffie pada ketika itu berada di Tingkatan 5, jadi beliau lebih memfokuskan kepada ulangkaji matapelajaran. Beliau telah memperoleh keputusan 5A dalam SPM dan berjaya melangkah ke UITM dalam jurusan perakaunan.  Kemahiran komputer yang dipelajari memudahkan pelbagai urusan beliau dalam menguruskan permohonan UPU, bantuan dan pinjaman palajar, malah banyak lagi urusan atas talian dapat dilakukannya dengan mudah.

 

_____________________________________________________________________________________________

 

KEUSAHAWANAN

Nama: Puan Aziah Binti Harun

Umur: 44 Tahun

Usahawan: Pengusaha Gula Kabung

 

Latar belakang

 

Puan Aziah merupakan seorang Guru Tabika KEMAS dan membuat penjualan gula kabung di rumahnya secara sambilan dengan membantu suaminya.  Gula kabungnya dijual di sekitar kampung, mukim Budu dan sekitar pekan Benta.  Mula membuat perusahaan ini sejak tahun 1997 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg.  Budu, beliau kini telah mahir menggunakan internet dan pelbagai maklumat dapat diakses untuk memajukan lagi perniagaan gula kabung suaminya.  Beliau kini lebih mahir menggunakan emel, facebook, dan page.  Promosi gula kabung dapat diluaskan ke kawasan luar dan menerima banyak tempahan terutamanya di bulan puasa dan musim perayaan dan musim kenduri kendara, serta hasil jualannya turut meningkat.  Kini jumlah pendapatannya telah mencecah RM1500 sebulan.  Selain itu, kemahiran lain seperti penggunaan Microsoft Office banyak membantu beliau dalam perniagaan gula kabung, contohnya dalam membuat kira-kira pendapatan, bahan promosi dan sebagainya. 

 

__________________________________________________________________________________