Tarikh    : 19 April 2018

Masa     : 9.30 Pagi - 12.15 Petang

Lokasi   : PI Kg.Budu

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

pra 5.jpg

Tujuan :

Melatih murid-murid cilik Pra Sekolah agar mampu menaip menggunakan komputer, bermain dengan permainan komputer agar mahir dalam penggunaan tetikus dan menguji minda bermain sambal belajar.

Aktiviti :

Kelas latihan ini telah dihadiri oleh 7 orang murid dan dilaksanakan di Pi Kg Budu.  Program berlangsung pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.15 tengah hari.  Aktiviti pertama ialah asas menaip menggunakan MS Office Word, kemudian permainan pendidikan mengenal warna, dan aktiviti terakhir ialah mencari huruf tersembunyi di dalam permainan word cross. 

 

 Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh    : 9 Mac 2018

Masa     : 3.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : PI Kg.Budu

Peserta : Pelajar Sekolah

 

gmbar.jpg

Tujuan :

Melatih komuniti agar mahir menggunakan aplikasi teknologi dan mampu membuat sendiri gambar ukuran passport tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Aktiviti :

Kelas latihan ini telah dihadiri oleh 11 orang pelajar  dan dilaksanakan di Pi Kg Budu.  Program berlangsung pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Pelajar dilatih cara-cara mengambil gambar, kemudian memindahkan gambar ke dalam komputer untuk diedit menjadi gambar ukuran passport.  Aplikasi yang digunakan adalah MS Office Word. 

Gambar Disini

 

 _______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh    : 15 Feb 2018

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : PI Kg.Budu & Dewan Kg.Budu

Peserta : Komuniti Mukim Budu


mmmmmm.jpg

Tujuan :

Program sebegini mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan komuniti serta memupuk nilai kerjasama yang tinggi melalui pelbagai kerja-kerja gotong royong yang dilaksankan dalam menjayakan aktiviti ini.  Selain itu, sifat dan daya saing yang sihat mampu diterapkan di dalam jiwa komuniti melalui pelbagai pertandingan yang dilaksanakan sepanjang program berlangsung. 

 

Aktiviti :

Program Cergas Minda telah dilaksanakan di Dewan Indera Gajah Kg Budu di bawah anjuran Pustakaan KEMAS Budu.  Terdapat beberapa agensi yang terlibat dalam sama-sama menjayakan program ini termasuklah Pusat Internet Kg Budu.  Program bermula pada pukul 2.00pm dengan kehadiran pengunjung dan sesi pendaftaran.  Majlis diteruskan lagi dengan pelbagai pertandingan dan pameran.  Antaranya ialah pemeriksaan kesihatan oleh pihak KOSPEN Budu, pameran dan jualan oleh pihak PKEM KEMAS, pertandingan mewarna kanak-kanak tabika, gubahan barangan terbuang, teka jumlah keropok, bina perkataan dan permainan kata berulang.  Manakala pertandingan di bawah kelolaan Pi Kg Budu dilaksanakan di dalam Pi Kg Budu.  Seramai 16 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan menaip pantas dan game E-Learning.  Program berakhir pada pukul 5.30 petang dengan majlis perasmian oleh ADUN Benta dan upacara penyampian hadiah serta jamuan ringan.

 

Gambar Disini

 

 _______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 13 Mac 2018

Masa     : 9.30 Petang - 12.30 Petang

Lokasi   : PI Kg.Budu

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

 nilll.jpg

 

Tujuan :

Memberi taklimat dan kempen kesedaran Klik Dengan Bijak serta pelaksanaan bengkel perkakasan komputer.

Aktiviti :

Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi, yang dimulai dengan bengkel perkakasan komputer.  Kemudian murid-murid diuji minda dengan slot kuiz dan diberikan hadiah kepada yang Berjaya menjawab dengan betul.  Setelah itu, murid-murid berhenti rehat seketika dan bersambung semula dengan slot terakhir iaitu Klik Dengan Bijak.  Murid-murid dikehendaki membuat collage KDB secara berkumpulan.  Collage terbaik dan kreatif diberikan hadiah sebagai penghargaan.  Program berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

 _______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh    : 13 Februari 2018

Masa     : 9.00 a.m - 11.00 pm

Lokasi   : Anjung Dewan Kg.Budu

Peserta : 25 Orang


gotongroyong.jpg

 

Tujuan :

Membersihkan kawasan sekitar kompleks agar kelihatan bersih, ceria dan tersusun sempena kedatangan Jabatan Warisan Negara untuk mencari khazanah lama yang ada di sekitar Kg.Budu. 

 

Aktiviti :

Program sebegini mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan komuniti serta memupuk nilai kerjasama yang tinggi melalui pelbagai kerja-kerja gotong royong yang dilaksanakan dalam menjayakan aktiviti ini.  Juga memupuk nilai tolong menolong dan bantu membantu di kalangan komuniti.

 

 Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________________________________________