Tarikh : 31 Januari 2018 Masa : 3.00pm - 5.00pm Lokasi : KEMAS Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 15 Orang |
Tujuan :
majlis sebegini mampu memupuk nilai kerjasama di kalangan komuniti dan pihak pentadbir. Tugas-tugas yang diagihkan dan diberikan mengikut pelantikan AJK turut menjadikan sebuah pentadbiran yang lebih sistematik. Selain itu, majlis sebegini juga memberi peluang kepada Pi1M Kg Budu untuk mempromosikan Pi1M Kg Budu dan Dashboard Komuniti.
Aktiviti :
Mesyuarat Agong Pustakaan KEMAS Budu telah dihadiri oleh 15 orang dan dilaksanakan di Pustakaan Kemas Budu. Program berlangsung pada pukul 3.00 petang dengan pendaftaran kehadiran pengunjung dan diteruskan dengan pemeriksaan kesihatan i-Health oleh petugas Pi1M Kg Budu. Majlis diteruskan dengan agenda mesyuarat iaitu pelantikan AJK baru dan perbincangan program tahunan 2018. Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang dengan jamuan minum petang.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 7 Januari 2018 Masa : 3.30pm - 4.30pm Lokasi : PI Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Melatih murid-murid sekolah untuk mahir dalam penggunaan MS Office Word disamping memperkenalkan lagi modul Dashboard Kumuniti PI.
Aktiviti :
Kelas latihan Ms Word ini dilaksanakan selama 1 jam dengan melatih murid-murid menggunakan MS Office Word dengan lebih kreatif. Murid-murid di ajar cara mengedit gambar kemudian mereka diberi masa untuk melaksanakannya sendiri. Setelah selesai, mereka didedahkan pula dengan penggunaan Dashboard Komuniti dan di ajar cara-cara memuat naik info di dalam modul tersebut.
_____________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 17 Disember 2017 Masa : 3.00am - 5.00pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Majlis penutup Bengkel ICT dihadiri oleh 10 orang peserta dengan pengisian penggunaan dashboard komuniti, penyampian sijil dan hadiah serta jamuan ringan. Menghargai peserta-peserta bengkel dalam satu majlis yang sederhana. Memberi rasa teruja di hati peserta serta membakar semngat untuk menyertai bengkel di masa akan datang.
Aktiviti :
Program berlangsung selama dua jam iaitu bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Program bermula dengan peserta melaksanakan aktiviti di Dashboard Komuniti, kemudian upacara penyampaian sijil dan hadiah. Program berlangsung selama dua jam iaitu bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Program bermula dengan peserta melaksanakan aktiviti di Dashboard Komuniti, kemudian upacara penyampaian sijil dan hadiah. Seterusnya, peserta diraikan dengan jamuan minum petang.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 4 Disember - 7 Disember 2017 Masa : 10.00am - 5.00pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Memberi latihan ICT berbentuk kursus kepada peserta bagi mengisi masa lapang sewaktu cuti sekolah disamping menambahkan lagi kemahiran peserta di dalam bidang ICT terutamanya penggunaan MS Office. Bengkel ICT ini dilaksanakan selama empat hari berturut-turut iaitu dari 4 Dis hingga 7 Dis 2017. Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang peserta dan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, manakala bagi sesi petang pula bengkel bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Aktiviti :
Menjadikan peserta mahir dalam penggunaan Ms Office Word, Ms Office Power Point dan Ms Office Excel. Disamping itu, kursus ini juga membentuk keyakinan diri terutamanya dalam kemahiran berkomunikasi dan penyampaian maklumat melalui pembentangan slide di dalam slot Ms Office Power Point. Selain itu, peserta dapat mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan berilmu.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 16 November 2017 (Khamis) Masa : 4.00am - 5.00pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 7 Orang |
Tujuan :
1) Meningkatkan kemahiran ICT murid-murid
2) Melahirkan murid berjiwa kreatif
3) Melahirkan murid-murid yang berdaya saing
Aktiviti :
Kreatif dengan Youtube dilaksanakan selama 1 jam dengan melatih murid-murid menggunakan laman web Youtube untuk membuat origami. Murid-murid dilatih untuk meniru kemahiran membuat pelbagai bentuk origami di laman web Youtube sehingga selesai. Murid yang membuat origami terkemas dan tercantik diberi hadiah sebagai pemenang.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________